Harga petrol minggu ke-4 Julai 2020 + pengelasan baru isi rumah
Harga minyak mentah dunia mengalami sedikit penurunan, jadi #hargapetrol di stesen minyak pun turun sama.
Harga minyak mentah dunia mengalami sedikit penurunan, jadi #hargapetrol di stesen minyak pun turun sama.
Minggu lalu turun, minggu ni naik, apakah itu? 😏
#hargapetrol mengalami sedikit penurunan disebabkan jangkaan permintaan yang akan menurun, susulan gelombang kedua pandemik #Covid19 di Beijing dan Amerika.
Trend #hargapetrol sekarang sentiasa menaik, jadi takda cerita baru sangat pasal ni.
Dah 2 minggu #MCO pemulihan (PKPP), semua orang keluar memandu kat jalan, pergi merentas negeri, kat Sarawak orang ramai merentas daerah & bahagian, meningkatkan permintaan kepada bahan bakar, meningkatkan pembebasan gas ekzos, dan juga meningkatkan #hargapetrol.
2-3 hari lalu kamboh seluruh negara pasal pemansuhan harga siling petrol, berikutan warta kerajaan yang diumumkan (http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_20200603_P.U.%20(A)%20178.pdf).
Beberapa hari dalam minggu ni sering turun hujan pada sebelah petang, dalam pukul 2-3 ptg. Hujan ada berhenti sebelum matahari terbenam, dan saya berpeluang untuk mengambil gambar matahari terbenam di beberapa lokasi di sekitar Bandaraya Kuching.
Minggu lalu, harga petrol naik sikit (lupa nak update sini 😅), dan minggu ini bersambung lagi kenaikan harga, selari dengan kenaikan harga petroleum bertapis dan harga bahan api mentah global.
Sejak perintah kawalan pergerakan bersyarat (CMCO), makin banyak kereta atas jalan raya. Bererti makin banyak permintaan terhadap produk petroleum.
Seperti yg semua maklum, awal minggu ini harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh ke paras negatif USD40.32. Ini berikutan permintaan yang sudah pun rendah, dan pengeluaran minyak mentah yg masih lagi tinggi, bulan Mei baru pemotongan pengeluaran berkuatkuasa, sehinggakan tak cukup tempat nak simpan minyak² mentah ni. Secara teknikalnya, pengeluar minyak mentah ni kena bayar pembeli untuk ambil stok daripada mereka, sebab tu harganya jatuh ke paras negatif.