Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Harga petrol minggu ke-4 Julai 2020 + pengelasan baru isi rumah

110321123_164796578423493_86970055218368261_n.jpg

Sabtu, 25 Julai 2020, 9:50 am0

Harga minyak mentah dunia mengalami sedikit penurunan, jadi di stesen minyak pun turun sama.

🟡 RON 95 – 1.68 (-0.04)
🟢 RON 97 – 1.98 (-0.04)
⚫ Diesel – 1.82 (-0.05)

Dalam pada itu, disebabkan perubahan pada had pendapatan garis kemiskinan, jadi pengelasan isi rumah juga telah dikemaskini. Gambar ⁽¹⁾ menunjukkan anda dalam kumpulan mana satu, sama ada B40, M40 atau T20 berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah baru.

Lihat, gaji 4800 ke bawah dah dikategori sebagai B40, kiranya layak mendapat bantuan sara hidup. Belum afdal lagi untuk menge-loan Civic sepit ketam, kalau nak bayar petrol, maintenance, tol & parking pun dah merinsak 🤪. Tu baru kereta, belum kira lagi bayar bil, bayar rumah & tanggung anak bini.

⁽¹⁾ https://twitter.com/mysumber/status/1282950319714955264

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/164796571756827/

Tulis komen: