#TWLOG adalah salah satu siri video dalam channel YT Twice, di mana setiap ahli akan menjadi secret santa & memberi hadiah kepada secret friend masing². Setiap minggu vlog seorang ahli akan disiarkan, dan semalam merupakan vlog daripada ahli terakhir. Episod minggu depan akan mendedahkan siapa secret friend masing², dan saya pun nak ikut cuba teka.
Dengar cerita #트와이스 ada buat shooting video #muzik#lagu baru untuk comeback bulan Jun nanti kat sebuah resort yang ada theme park kat Pulau Jeju ⁽¹⁾. Gambar ni kira kat kolam theme park jugak lah 😆.
Album ‘Eyes Wide Open’ oleh artis #kpop#트와이스 dikeluarkan 2 bulan lalu ⁽¹⁾, dengan title track ‘I Can’t Stop Me’, namun #lagu tersebut kurang mendapat sambutan dalam pasaran tempatan Korea ⁽²⁾. Saya rasa lagu dengan rentak retro elektropop tersebut mungkin kekurangan wow elemen pada #muzik dan nyanyiannya. Dan disebabkan lagu ini jenis dance song, lagu ini mungkin hanya dapat dinikmati apabila disertakan dengan persembahan koreografi tarian.
Semalam genap setahun selepas kematian artis #kpop Goo Hara akibat bunuh diri ⁽¹⁾, disebabkan tekanan daripada kes serangan fizikal, menceroboh kediaman dan ugutan membocorkan video seks oleh bekas teman lelakinya ⁽²⁾, di samping serangan komen jahat (malicious) di media sosial milik artis tersebut ⁽³⁾.
Kalau diperhatikan design pakaian yang dipakai Nayeon untuk comeback album #kpop Twice yang release hari ni, More & More, nampak macam ada elemen design & corak #fesyen tradisional Dayak sikit. Mungkin jugak elemen orang asli Amerika Selatan. Twice kata kali ni mereka membawa konsep hippy look, entah la, mata saya nampak jenis design indigenous people. Mungkin fashion designer boleh ulas sikit.
Sekarang internet rumah saya menggunakan hotspot dari iPhone. Semua peranti yg memerlukan akses internet kena sambung ke hotspot ini. Chromecast, iPad, laptop, semua sambung ke hotspot yang sama, barulah dapat main lagu dari Spotify kat TV.
Ahad, 3 Februari 2019, 7:28 pm0 Sebelum #10yearchallenge menjadi viral, saya terfikir untuk menulis pos mengimbau perkara 10 tahun dahulu. Bukan berkenaan diri saya, tapi berkenaan rancangan variety TV Korea iaitu Invincible Youth. Ia adalah rancangan tentang sekumpulan wanita daripada beberapa kumpulan Kpop, ke sebuah kampung untuk menjalani kehidupan luar bandar. Mereka belajar segala cara […]