Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Apa itu Goo Hara law?

127640669_199572798279204_6463792644466640639_n.jpg

Rabu, 25 November 2020, 4:20 pm0

Semalam genap setahun selepas kematian artis Goo Hara akibat bunuh diri ⁽¹⁾, disebabkan tekanan daripada kes serangan fizikal, menceroboh kediaman dan ugutan membocorkan video seks oleh bekas teman lelakinya ⁽²⁾, di samping serangan komen jahat (malicious) di media sosial milik artis tersebut ⁽³⁾.

Ketika itu Goo Hara sebenarnya keseorangan dalam menghadapi kesemua masalah tersebut, kerana kawan rapatnya yang juga K-pop idol, Sulli telahpun meninggal dunia oleh akibat yang sama sebulan sebelumnya ⁽⁴⁾. Dia hanya ada abangnya, Goo Ho In (gambar) yang memberi sokongan moral ⁽⁵⁾.

Goo Hara dan abangnya dibesarkan oleh nenek mereka selepas ibu bapanya bercerai dan ibunya mengabaikan mereka (estrange). Selepas Hara meninggal, ibunya di dapati tiba² muncul semasa majlis pengebumian sambil mengambil gambar bersama artis² lain dan cuba untuk menuntut sebahagian harta Goo Hara ⁽⁶⁾.

Perkara ini menimbulkan kemarahan ramai rakyat Korea, kerana ibu Goo Hara telah mengabaikan tanggungjawab untuk membesarkan anak²nya tapi apabila mereka sudah tiada, boleh tuntut harta free² 🤬.

Undang² sedia ada di Korea menyatakan ibu bapa yang mengabaikan anak mereka boleh menuntut harta anak mereka yang telah meninggal, melainkan kes² seperti pembunuhan atau pemalsuan wasiat ⁽⁷⁾.

Dengan itu, Pertubuhan Peguam Wanita Korea telah membantu meminda undang² tersebut yang juga disebut sebagai Goo Hara law, di mana ibu bapa yang telah mengabaikan tanggungjawab membesarkan anak² sehingga usia 20 tahun (legal age), tidak layak mewarisi harta yang dimiliki anak yang telah meninggal dunia.

Gambar: https://www.allkpop.com/article/2020/11/late-idol-star-haras-brother-goo-ho-in-gives-update-on-ongoing-attempts-to-pass-goo-hara-law

⁽¹⁾ https://www.allkpop.com/article/2019/11/goo-hara-has-passed-away-police-currently-investigating-cause-of-death
⁽²⁾ https://www.allkpop.com/article/2020/07/the-trial-against-late-idol-star-haras-ex-boyfriend-goes-to-the-supreme-court
⁽³⁾ https://www.allkpop.com/article/2020/03/mbc-section-tv-reprimanded-by-kcsc-for-irresponsible-coverage-of-well-known-k-pop-artists-malicious-commenters
⁽⁴⁾ https://www.allkpop.com/article/2019/10/sulli-revealed-to-have-passed-away-suddenly-earlier-today
⁽⁵⁾ https://www.allkpop.com/article/2019/11/haras-text-exchange-with-her-brother-revealed-begging-her-to-live-till-the-end
⁽⁶⁾ https://www.allkpop.com/article/2020/04/late-haras-brother-reveals-their-mother-was-asking-celebrities-for-photos-at-haras-funeral
⁽⁷⁾ https://www.todayonline.com/8days/sceneandheard/entertainment/goo-haras-estranged-mother-went-late-stars-funeral-and-asked

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/199572794945871/

Tulis komen: