20 Jun 2020, 8:30 am
Dah 2 minggu #MCO pemulihan (PKPP), semua orang keluar memandu kat jalan, pergi merentas negeri, kat Sarawak orang ramai merentas daerah & bahagian, meningkatkan permintaan kepada bahan bakar, meningkatkan pembebasan gas ekzos, dan juga meningkatkan #hargapetrol.
#hargapetrol
#Petronas
13 Jun 2020, 8:55 am
2-3 hari lalu kamboh seluruh negara pasal pemansuhan harga siling petrol, berikutan warta kerajaan yang diumumkan (http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_20200603_P.U.%20(A)%20178.pdf).
#hargapetrol
#Petronas
6 Jun 2020, 8:30 am
Beberapa hari dalam minggu ni sering turun hujan pada sebelah petang, dalam pukul 2-3 ptg. Hujan ada berhenti sebelum matahari terbenam, dan saya berpeluang untuk mengambil gambar matahari terbenam di beberapa lokasi di sekitar Bandaraya Kuching.
#hargapetrol
#Petronas
30 Mei 2020, 9:15 am
Minggu lalu, harga petrol naik sikit (lupa nak update sini π
), dan minggu ini bersambung lagi kenaikan harga, selari dengan kenaikan harga petroleum bertapis dan harga bahan api mentah global.
#hargapetrol
#Petronas
16 Mei 2020, 9:10 am
Sejak perintah kawalan pergerakan bersyarat (CMCO), makin banyak kereta atas jalan raya. Bererti makin banyak permintaan terhadap produk petroleum.
#hargapetrol
#Petronas
25 April 2020, 10:46 am
Seperti yg semua maklum, awal minggu ini harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh ke paras negatif USD40.32. Ini berikutan permintaan yang sudah pun rendah, dan pengeluaran minyak mentah yg masih lagi tinggi, bulan Mei baru pemotongan pengeluaran berkuatkuasa, sehinggakan tak cukup tempat nak simpan minyakΒ² mentah ni. Secara teknikalnya, pengeluar minyak mentah ni kena bayar pembeli untuk ambil stok daripada mereka, sebab tu harganya jatuh ke paras negatif.
#hargapetrol
#Petronas
18 April 2020, 9:20 am
Awal minggu ni OPEC+ dan Rusia akhirnya bersetuju untuk memotong pengeluaran minyak mentah. Perundingan ni ambil masa lama sebab Mexico enggan untuk bekerjasama. Namun US berjaya memainkan peranan sebagai orang tengah dalam rundingan ini sehingga Mexico, Arab Saudi, Rusia & negara pengeluar minyak semua bersetuju.
#hargapetrol
#Petronas
11 April 2020, 9:15 am
Kelmarin OPEC, Rusia dan negara pengeluar petroleum bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 10 juta tong sehari. Namun pengurangan ini secara tentatif, dijangka hanya akan dilaksanakan dalam bulan Mei dan Jun. Tambahan pula, disebabkan pandemik #Covid19, permintaan minyak mentah dijangka menurun sebanyak 25 juta tong sehari, lebih cepat menurun berbanding pengeluaran, menurut firma Energy Aspects. Oleh itu, situasi pengeluaran mengatasi permintaan masih wujud, dan harga petrol di stesen minyak juga kemungkinan masih menurun.
#hargapetrol
#Petronas
4 April 2020, 8:50 am
Kelmarin ada baca berita yg harga minyak dunia tibaΒ² naik sebanyak 20% lepas Trump tweet yg dia ada berunding dgn Arab Saudi, dan menjangkakan Saudi & Rusia akan mengehadkan pengeluaran petroleum bagi menstabilkan harga. Tapi sekejap saja naik, OPEC & Rusia belum ada tindakan muktamad lagi, harga petrol runcit masih lagi jatuh:
#hargapetrol
#Petronas
29 Mac 2020, 11:10 am
Imbas kembali #hargapetrol sejak awal tahun ni. Ia berada dalam trend menurun, kemudian naik sikit pada tengah Februari, sebelum jatuh mendadak pada bulan Mac:
#hargapetrol
#kereta
#Petronas