Harga bahan api fosil minggu ke-4 bulan April 2020

25 April 2020, 10:46 am

Seperti yg semua maklum, awal minggu ini harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh ke paras negatif USD40.32. Ini berikutan permintaan yang sudah pun rendah, dan pengeluaran minyak mentah yg masih lagi tinggi, bulan Mei baru pemotongan pengeluaran berkuatkuasa, sehinggakan tak cukup tempat nak simpan minyak² mentah ni. Secara teknikalnya, pengeluar minyak mentah ni kena bayar pembeli untuk ambil stok daripada mereka, sebab tu harganya jatuh ke paras negatif.

Harga bahan api fosil minggu kedua April 2020

11 April 2020, 9:15 am

Kelmarin OPEC, Rusia dan negara pengeluar petroleum bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 10 juta tong sehari. Namun pengurangan ini secara tentatif, dijangka hanya akan dilaksanakan dalam bulan Mei dan Jun. Tambahan pula, disebabkan pandemik , permintaan minyak mentah dijangka menurun sebanyak 25 juta tong sehari, lebih cepat menurun berbanding pengeluaran, menurut firma Energy Aspects. Oleh itu, situasi pengeluaran mengatasi permintaan masih wujud, dan harga petrol di stesen minyak juga kemungkinan masih menurun.