Menang sorak, kampung tergadai?

120300488_181380913431726_86957397377326825_n.jpg

Ahad, 27 September 2020, 10:50 am447

Dalam negeri Sabah semalam, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Majoriti mudah diperoleh daripada 38 kerusi yang dimenangi oleh parti² komponen iaitu Perikatan Nasional (PN) – 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) – 14 kerusi dan Parti Bersatu Sabah (PBS) – 7 kerusi.

Warisan Plus pula hanya memenangi 32 kerusi, lima kerusi lagi baru dapat majoriti, daripada parti² komponen iaitu Parti Warisan Sabah (Warisan) – 29 kerusi, United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) – 1 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) – 2 kerusi.

Selebihnya dimenangi 3 calon bebas ⁽¹⁾.

Dalam kehangatan pilihan raya, isu utama yang dikhuatiri ialah kes yang tinggi di Sabah. Terdapat beberapa kes positif di Malaya yang dikesan daripada individu yang baru tiba dari Sabah ⁽²⁾. Sarawak juga dalam keadaan berjaga² kerana ramai akan balik dari Sabah, terutamanya anggota polis yang bertugas di zon merah di sana ⁽³⁾.

Oleh itu, semua yang baru pulang dari Sabah dikehendaki menjalani kuarantin, walaupun tak ada simptom demam², selsema dan batuk². Duduk rumah 14 hari.

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/bernamaofficial/photos/pcb.10158954405615555/10158954405280555/
⁽²⁾ https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2752054195084435
⁽³⁾ https://www.theborneopost.com/2020/09/25/sarawak-enters-state-of-red-alert-as-it-expects-more-to-return-from-sabah-after-polling-day/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/181380910098393/

Tulis komen: