Sunset, penamat hari
Sunset, penamat hari.
Sebut pasal tamat, kamboh hari ni pasal berita tamatnya suatu era.
Sunset, penamat hari.
Sebut pasal tamat, kamboh hari ni pasal berita tamatnya suatu era.
Rabu, 2 Disember 2020, 5:50 pm
Sempena habis PKPB di daerah Kuching, ini Serapi Kickdown #dashcamdrive, part 1.
Laluan ini bermula dari pekan Tondong, mengelilingi Gunung #Serapi, sehinggalah ke Matang Wildlife Center. Untuk part 1 ini, saya melalui kawasan sekitar Kpg Apar, Singai, simpang ke Sungai Moyan, Sungai Tengah, Kpg Kolong dan berakhir di simpang #jalan Matang. Jalan ini jugak yang saya selalu guna untuk fun drive waktu PKP mula dilonggarkan bulan Mei lalu (https://azwan082.my/post/2641/).
Isnin, 7 September 2020, 11:55 am
Unboxing Indoor Digital Antenna MyTV USB powered.
Aerial ini khas digunakan untuk mendapatkan signal digital TV pada dekoder #MyTV. Model yang saya dapatkan ini sesuai untuk lokasi dalam lingkungan 40 km dari stesen pemancar. Stesen pemancar kat sini adalah di Gunung #Serapi, jaraknya dalam berbelas km, jadi ok lah.
Jalan² hingga ke negeri atas awan.
Di kawasan tanah tinggi, ketumpatan udara adalah lebih rendah daripada tanah rendah. Sebab tu walaupun udaranya sejuk, tapi prestasi #kereta enjin NA (naturally aspirated) menurun. Enjin tidak mendapat kandungan oksigen yang mencukupi untuk pembakaran petrol secara optimum yang menghasilkan kuasa maksimum .
Jalan² tengok matahari terbenam di Jambatan Darul Hana.
Jambatan ini merupakan jambatan untuk pejalan kaki sahaja, merentasi Sungai Sarawak, menghubungkan Tebingan #Kuching dengan Pengkalan Sapi. Ia dibuka kepada umum pada 11 November 2017.
Jalan² tengok gunung Serapi.
Gunung #Serapi adalah salah satu gunung yang dapat dilihat dari bandaraya #Kuching, selain gunung #Santubong. Pemandangan ini saya ambil semasa melalui Jalan Singai – #Matang, ataupun disebut ramai sebagai #jalan Kampung Kolong.