Jalan² tengok matahari terbenam di Jambatan Darul Hana

103024034_151853893051095_15938875024082807_n.jpg

Ahad, 7 Jun 2020, 4:55 pm1,110

Jambatan ini merupakan jambatan untuk pejalan kaki sahaja, merentasi Sungai Sarawak, menghubungkan Tebingan dengan Pengkalan Sapi. Ia dibuka kepada umum pada 11 November 2017.

Dari Pengkalan Sapi anda boleh kaki ke bangunan DUN Sarawak. Ada rancangan untuk menyambungkan laluan pejalan kaki hingga ke Kampung Boyan, di mana anda boleh beli kek lapis Sarawak asli di sini.

Antara mercu tanda lain yang dapat dilihat dari atas jambatan ini adalah Masjid India, atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung Kuching, seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Gunung yang kat belakang tu adalah Gunung . Dapat juga dilihat beberapa buah perahu tambang menyeberang sungai.

Waktu petang² macam ni selalunya ada kapal persiaran river cruise yang membawa penumpang melihat pemandangan matahari terbenam di muara Sungai Sarawak.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/151853889717762/

Tulis komen: