#YT
azwan082.my
    • Apps
    • Petrol
    • Live TV
    • Waktu Solat
    • Turutan
    • Terkini
    • Popular

Banyak kampung tepi jalan, BKSS loop part 11

3 Julai 2021, 2:00 pm

Jalan ini merupakan jalan utama tunggal di kawasan ini yang menyambungkan kampung² yang berselerak dengan pekan #Simunjan dan jalan Pan Borneo. Dalam banyak² kampung, Kpg Kepayan selepas Munggu Lallang menjadi tumpuan sebab terdapat Sungai Rian ⁽¹⁾ yang ada air terjun cantik & menyegarkan, sesuai untuk berkelah & bercamping. Masuk dalam list tempat saya nak lawat nanti lepas PKP.

#BKSSLoop #dashcamdrive #Simunjan

Masuk balik jalan kampung, BKSS Loop part 10

26 Jun 2021, 2:00 pm

Part kali ni bermula dari pekan Balai Ringin, masuk simpang ke #Simunjan ⁽¹⁾ dan berhenti di simpang Ulu Simunjan.

#BKSSLoop #dashcamdrive #PanBorneo #Simunjan

Kembali ke Pan Borneo, BKSS loop part 9

19 Jun 2021, 2:00 pm

Bersambung dari minggu lalu ⁽¹⁾, dari simpang ke Bunan Gega, saya menggunakan jalan Mentung-Sangai menuju ke pekan Balai Ringin.

#BKSSLoop #dashcamdrive #PanBorneo

Jangan laju sangat, jalan tak rata & licin waktu basah, BKSS part 8

12 Jun 2021, 2:00 pm

Part kali ni sambung dari Klinik Bunan Gega, melintas simpang ke Kampung Bunan, Mujat & Mongkos. Kat Kampung Mongkos ni lah yang ada empangan sungai yang menarik tu ⁽¹⁾.

#BKSSLoop #dashcamdrive

Satu lagi jalan bagus untuk fun drive semasa matahari terbenam, BKSS loop part 7

5 Jun 2021, 2:00 pm

Bermula dari pekan Tebedu, saya menuju ke Bunan Gega & berhenti sebentar kat klinik di sana.

#BKSSLoop #dashcamdrive

Lepas touge, drive relax² ke Tebedu, BKSS part 6

29 Mei 2021, 2:00 pm

Laluan untuk part ni tak banyak belok², pastu banyak jalan rata saja, tak banyak naik turun bukit. Bagus untuk drive santai sampai ke pekan Tebedu.

#BKSSLoop #dashcamdrive

Ini untuk peminat touge, BKSS loop part 5

22 Mei 2021, 2:00 pm

Bersambung dari tempat parking Kpg Annah Rais, saya menuju ke simpang jalan Serian-Tebedu, menggunakan jalan yang agak merbahaya, sebab sempit dan banyak selekoh tajam.

#BKSSLoop #dashcamdrive

Ke Annah Rais cari hotspring, BKSS Loop part 4

15 Mei 2021, 1:00 pm

Sambung lagi siri ini, dari Pejabat Daerah Kecil Padawan, dekat simpang ke jalan Jambu-Bayur yang terus ke Tapah, #Siburan kat highway Kuching-Serian, menuju ke Annah Rais Hotspring. Tapi time PKP sekarang Annah Rais tak buka 😔.

#BKSSLoop #dashcamdrive #Siburan

Sambung jalan melintas Kampung Semadang, BKSS Loop part 3

8 Mei 2021, 2:00 pm

Dari kawasan Bengoh Dam Resettlement, sambung lagi berjalan hingga ke Pejabat Daerah Kecil Padawan. Tapi saya tidak gunakan jalan utama yang mana dari simpang Kampung Semadang, belok kiri menuju Kuching dahulu, kemudian di jalan Borneo Height, baru belok kanan menuju Puncak Borneo.

#BKSSLoop #dashcamdrive

Petang² jalan tengok gunung & bukit batu kapur, BKSS Loop part 2

1 Mei 2021, 2:00 pm

Part ke-2 saya memandu dari Shell #Bau yang berdekatan dengan Rock Garden & Dewan Suarah Bau, menggunakan jalan Jambusan menuju ke Bengoh Dam Resettlement Site.

#Bau #BKSSLoop #dashcamdrive

2008-2025 © azwan082.my (003610659-K)
Privacy Policy · Terms & Conditions