Ini untuk peminat touge, BKSS loop part 5

Sabtu, 22 Mei 2021, 2:00 pm

Ini untuk peminat touge, BKSS loop part 5.

Bersambung dari tempat parking Kpg Annah Rais, saya menuju ke simpang jalan Serian-Tebedu, menggunakan jalan yang agak merbahaya, sebab sempit dan banyak selekoh tajam.

Kalau yang minat drive laju² naik turun bukit sambil merasa ambil corner, ini laluan sesuai untuk anda. Tapi saya sarankan lebih berhati² sebab ada tempat yang jalannya ditutup setengah & tak nampak ada kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Permukaan jalan pun tak berapa rata, banyak bertampong & nampak terbiar banyak lumut.

Banyak kampung² pedalaman yang dilalui di sini, terutamanya kat Kpg Senah Rayang ada sungai & air terjun yang cantik ⁽¹⁾. Nanti² bila kobit dah reda boleh pergi singgah ‘berpeknik’ 😁.

Tengok video ini kat :

▶️ youtu.be/XowUMH7rf4U

⁽¹⁾ www.theborneopost.com/2014/08/24/kg-senah-rayang-a-model-of-inter-faith-harmony

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: