Pada hari ini, 1 Disember

Tahun lalu:

2 tahun lalu:

Banyak kampung tepi jalan, BKSS loop part 11

Sabtu, 3 July 2021, 2:00 pm

Banyak kampung tepi jalan, BKSS loop part 11.

Jalan ini merupakan jalan utama tunggal di kawasan ini yang menyambungkan kampung² yang berselerak dengan pekan dan jalan Pan Borneo. Dalam banyak² kampung, Kpg Kepayan selepas Munggu Lallang menjadi tumpuan sebab terdapat Sungai Rian ⁽¹⁾ yang ada air terjun cantik & menyegarkan, sesuai untuk berkelah & bercamping. Masuk dalam list tempat saya nak lawat nanti lepas PKP.

Jalan² jumpa boiler Simunjan di tepi jalan 😲

  • 169926208_283265946576555_2240155089547171713_n.jpg
  • 170778296_283265953243221_1721416106179240010_n.jpg
  • 170161059_283265969909886_2684017743973460457_n.jpg

Ahad, 11 April 2021, 9:30 am

Jalan² jumpa boiler Simunjan di tepi 😲.

Pada zaman Rajah Putih hingga masuk zaman Jepun dulu, sekitar hujung 1930-an hingga 1945, menjadi pusat pelombongan arang batu, terutamanya di kawasan Gunung Ngeli ⁽¹⁾. Boiler yang digunakan untuk membakar batu arang sebelum bersedia menjadi bahan bakar ini, terletak di tepi jalan, di jalan masuk menuju bangunan Majlis Daerah Simunjan.