Kembali ke Pan Borneo, BKSS loop part 9

Sabtu, 19 Jun 2021, 2:00 pm

Kembali ke Pan Borneo, BKSS loop part 9.

Bersambung dari minggu lalu ⁽¹⁾, dari simpang ke Bunan Gega, saya menggunakan jalan Mentung-Sangai menuju ke pekan Balai Ringin.

Sebelum masuk jalan , jalan kampung kat sini lebih kurang macam jalan menuju ke Bunan, tak berapa rata, banyak selekoh, dapat tengok dalam video nampak melambung driving kat jalan tu.

Bila dah masuk ke jalan Pan Borneo, pakej WPC 03 ⁽²⁾, Serian – Pantu, barulah dapat laju², jalan tak banyak selekoh & lebih rata. Kalau dah siap nanti best jalan² kat sini, lebih² lagi waktu malam, rasa macam kat highway PLUS, banyak lori besar & treler.

Buat masa sekarang, hanya satu bahagian jalan digunakan, masih lagi guna 2 lorong. Bahagian yang satu lagi masih dalam pembinaan untuk meletakkan lapisan terakhir tar. Secara keseluruhan, laluan di pakej ini nampak lebih cepat siap berbanding pakej di sepanjang Simanggang-Sarikei dan Sibu-Bintulu-Miri.

Tonton video ni kat :

▶️ youtu.be/NVEhSGXkBgM

⁽¹⁾ azwan082.my/2021/06/jangan-laju-sangat-jalan-tak-rata-licin-waktu-basah-bkss-part-8
⁽²⁾ www.panborneo.com.my/project/spj-2

Komentar :

Topik² lain:

Apple dashcamdrive DIY duit ekonomi emau gitar hargapetrol howto jalan kebun kereta Kuching lagu laptop LigaMalaysia LigaSuper2020 LigaSuper2021 Mac makan mercutanda minimalis minum Miri muzik PanBorneo panorama360 pasaraya politik puasa raya resipi RunningMan sayur senaman Serian Sibu Simanggang spotify StreetView Thinkpad TSMY vivaturbo Windows workout