Lepas 6 bulan, masih teruk jalan di sini, BKSS Loop part 14.
Rabu lalu, pergerakan antara daerah dah tak perlu permit lagi ⁽¹⁾. Jadi benda pertama nak buat ialah lengkapkan siri dashcam drive BKSS loop ni, tinggal 2 part saja lagi.
Saya hanya sempat rekod perjalanan hingga ke Asajaya saja. Buat masa sekarang, masih lagi kena sekatan rentas daerah, tak dapat sambung rekod video #dashcamdrive, jadi hanya tengok map saja dulu, setakat mana tempat yang dah dilalui:
Google Map pun tak tau jalan shortcut ni, BKSS Loop part 13.
Kali ni sambung dari Jambatan Batang Sadong, ke TKK Mart #Asajaya. Bagi yang jarang guna jalan ni, mungkin tak tahu ada shortcut tak perlu menuju ke Sadong Jaya, selepas Sg Terasi Kecil, belok ke kiri. Google Maps pun tak tahu jalan ni, asyik suruh U-turn jak.
Limpas Simunjan ke Tanjung Harapan, BKSS Loop part 12.
Sambung lagi berjalan dari Boiler #Simunjan, menuju ke pekan Simunjan. Satu²nya kawasan tumpuan di sini adalah Taman Rekreasi Gunung Ngeli. Belum pernah lagi sampai sini, tak tau la tempat ni masih ok ataupun kemudahan dah usang, macam kat Pantai Tanjung Lobang ⁽¹⁾.
Jalan ini merupakan jalan utama tunggal di kawasan ini yang menyambungkan kampung² yang berselerak dengan pekan #Simunjan dan jalan Pan Borneo. Dalam banyak² kampung, Kpg Kepayan selepas Munggu Lallang menjadi tumpuan sebab terdapat Sungai Rian ⁽¹⁾ yang ada air terjun cantik & menyegarkan, sesuai untuk berkelah & bercamping. Masuk dalam list tempat saya nak lawat nanti lepas PKP.
Jangan laju sangat, jalan tak rata & licin waktu basah, BKSS part 8.
Part kali ni sambung dari Klinik Bunan Gega, melintas simpang ke Kampung Bunan, Mujat & Mongkos. Kat Kampung Mongkos ni lah yang ada empangan sungai yang menarik tu ⁽¹⁾.