Jalan² tengok jejambat simpang Simunjan melangkah PanBorneo

175359197_292424278994055_136202001767436865_n.jpg

Ahad, 25 April 2021, 6:00 pm1,067

Pan Borneo pakej WPC 03, Serian – Pantu ini nampak makin siap, makin banyak kereta laju² jugak 😅.

Jalan naik bukit Ampungan, sebelah hala saja yang baru siap, boleh nampak jalan baru nanti melandai panjang supaya tak terlalu curam naik bukit ni.

Dari simpang Gedong ke Balai Ringin, juga satu hala jalan nampak betul siap, dah dicat garis warna putih, lencongan pun dah tak ada.

Tapi kalau nak masuk simpang ke Gedong, laluan masuk dah dialih jauh, sebelum Depot Tahanan Imigresen Semuja.

Cuma satu yang saya dapati, SK Telagus Jerok, terletak betul² di tepi lebuhraya. Nampak macam nanti akan ada isu dengan keselamatan kanak² yang bersekolah dan isu dengan kesesakan lalu lintas 🤔.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/292424305660719/

Pingback: Masuk balik jalan kampung, BKSS Loop part 10

Tulis komen: