PKPB di Sarawak dilanjutkan hingga 1/3/2021

15 February 2021, 2:00 pm

PKPB di Sarawak dilanjutkan hingga 1/3/2021.

#MCO bersyarat yang dijadualkan tamat semalam, dilanjutkan lagi hari ini hingga bulan depan ⁽¹⁾. Zon² terlibat juga semakin banyak, dan pergerakan antara zon tidak dibenarkan ⁽²⁾. Pasaraya & kedai hanya beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam.

Lokasi gambar: Bengoh Dam Resettlement Site, kat Jalan Jambusan-Semadang, #Siburan.

Semalam ada lagi #evodrive 003/2021 ⁽³⁾, dari Kuching → Tapah → Jalan Borneo Height → Jalan Jambusan-Semadang → Bau. Saya tak dapat ikut, tak dapat bangun awal pagi 😅. Petang² baru #jalan buat drive sendiri sambil cari tempat menarik untuk bergambar 📸.

⁽¹⁾ www.facebook.com/SarawakDisasterInfo/posts/756178691761568
⁽²⁾ www.facebook.com/SarawakDisasterInfo/posts/756556081723829
⁽³⁾ www.facebook.com/aurizn/posts/10157811578631080

Pin It Send Copy Link

Hantaran sohor kini:

Tugu Sayur Sawi, mercu tanda pekan Tapah, Siburan

26 January 2021, 10:55 am

Tugu Sayur Sawi, mercu tanda pekan Tapah, Siburan.

Landmark Tapah.

Kalau kat Malaya ada R&R Tapah di lebuhraya Utara-Selatan, di Sarawak ada Tapah di batu 22, lebuhraya Kuching-Serian, selepas #Siburan.

Selalunya kalau saya ke Serian, tak ada singgah mana² pekan di sepanjang perjalanan. Tu yang bila saya dapat tahu ada tugu #mercutanda kat sini, terus tak lepas peluang untuk ambil gambar #panorama360:

🌐 azwan082.my/pano/tugu-sayur-sawi-tapah-2020

Terdapat beberapa kedai runcit & kedai makan berdekatan dengan taman rekreasi Tapah, lokasi tugu ini. Kalau bergerak dari arah bertentangan, menuju ke Kuching, terdapat Tapah Sentral ⁽¹⁾, kawasan pembangunan baru (development area) di bahagian kiri. Di sini terdapat banyak bangunan kedai & taman perumahan baru yang pembinaannya telah bermula pada 2011.

Di sepanjang jalan Kuching-Serian dekat Tapah ini, dapat dilihat kebun² sayur & tapak semaian sawit, mungkin sebab itu tugu sayur sawi dibina sebagai simbolik pekan ini.

⁽¹⁾ www.facebook.com/tapahsentral

Pin It Send Copy Link

Geng Fairlady berapa minit Serian – Kuching hujung minggu lalu?

1 September 2020, 2:15 pm

Geng Fairlady berapa minit Serian – Kuching hujung minggu lalu? 😝

Terjumpa 6 biji 350Z merempit kat highway #Kuching#Serian, ni 3 biji tertinggal kat belakang, sangkut kat traffic light #Siburan.

Fairlady is cool, but I like TT more.

Petang² hari panas tak dapat nak #dropthetop.

#kereta

Pin It Send Copy Link

Sini kena asap dari Kalimantan, kat Malaya kena asap gunung berapi

11 August 2020, 10:15 am

Sini kena asap dari Kalimantan, kat Malaya kena asap gunung berapi.

Hujung minggu lalu, dalam perjalanan ke #Serian, semasa kat #Kuching, cuaca panas dan kering. Kemudian dari kawasan #Padawan ke #Siburan, hujan lebat sepanjang #jalan. Dan bila sampai di Serian cuaca panas kembali, tapi cahaya matahari jadi warna kuning.

Bila lihat ke langit, jerebu mula datang ke kawasan Serian. Agaknya hujan tu tadi membawa asap dari kebakaran hutan di kawasan Kalimantan Barat⁽¹⁾. Hari ni jerebu mula melanda bandaraya Kuching.

Berita terbaru berkenaan letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera, yang mana asap debu gunung berapi tersebut akan memasuki ruang udara negeri² utara di Malaya⁽²⁾. Agaknya akan tengok cahaya matahari berwarna kuning oren jugak kat sana 🌇.

⁽¹⁾ www.theborneopost.com/2020/08/11/current-dry-spell-may-last-till-early-october
⁽²⁾ www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/719848/asap-debu-letusan-sinabung-dijangka-masuk-ruang-udara-negara-malam

Pin It Send Copy Link