Jangan laju sangat, jalan tak rata & licin waktu basah, BKSS part 8

Sabtu, 12 Jun 2021, 2:00 pm

Jangan laju sangat, jalan tak rata & licin waktu basah, BKSS part 8.

Part kali ni sambung dari Klinik Bunan Gega, melintas simpang ke Kampung Bunan, Mujat & Mongkos. Kat Kampung Mongkos ni lah yang ada empangan sungai yang menarik tu ⁽¹⁾.

Selain dari itu, tak banyak kawasan menarik sepanjang jalan, kena masuk ke dalam kawasan kampung baru dapat jumpa tempat² best. Agak banyak rumah² kampung bertompok di sepanjang jalan. Selepas Kampung Mentu, sepanjang jalan adalah kawasan kebun sawit.

Walaupun jalan nampak lurus, tapi permukaan jalan tak berapa rata, tak dapat nak laju sangat. Lebih² lagi dekat kawasan simpang ke Serian Palm Oil Mill. Kalau guna arah bertentangan, dari jalan yang lurus panjang tu, kena perlahan selepas simpang ke palm oil mill, sebab ada selekoh tajam. Pernah sekali saya tengok king of highway terbabas masuk parit tepi jalan sini 😲.

Tengok video ni di :

▶️ youtu.be/K58UGaY46uk

⁽¹⁾ azwan082.my/2021/04/jalan%C2%B2-tengok-empangan-sungai-kat-kampung-mongkos

Komentar :

Topik² lain:

Apple dashcamdrive DIY duit ekonomi emau gitar hargapetrol howto jalan kebun kereta Kuching lagu laptop LigaMalaysia LigaSuper2020 LigaSuper2021 Mac makan mercutanda minimalis minum Miri muzik PanBorneo panorama360 pasaraya politik puasa raya resipi RunningMan sayur senaman Serian Sibu Simanggang spotify StreetView Thinkpad TSMY vivaturbo Windows workout