Manjalara

Selasa, 28 Julai 2009, 12:00 pm0

Manjalara adalah anak kepada pasangan Kamarul (Azhar Sulaiman) dan Marisa (Rozita Chek Wan). Ibu Manja, Marisa, seorang penyanyi dan pelakon terkenal yang berharta. Entah bagaimana suatu hari keluarga dikejutkan dengan berita kehilangan Marisa sehingga abang kandung Marisa (Mustafa Kamal) dan isterinya, Sahara mengambil keputusan tinggal di rumahnya. Bagaimanapun setelah Marisa dijumpai semula dan ingin kembali ke pangkuan keluarga, Sahara bimbang Marisa akan mengambil semula hartanya. Menghalang semua itu berlaku, Sahara membunuh Marisa pada hari pertama dia pulang. Pun begitu tanpa pengetahuan Sahara, segala peninggalan harta sudah diwasiatkan ke atas nama Manjalara dan dia akan memiliki segalanya apabila berusia 18 tahun. Sebab itulah pelbagai taktik dilakukan Sahara untuk memastikan Manjalara yang kini berusia 17 tahun tidak memperoleh satu sen pun harta ibunya.

Source: http://www.budiey.com/manjalara-drama-emilda-rosmila-ala-mi-gorda-bella/

File information:

  • Container: FLV (Flash Video)
  • Video codec: Flash/On2 VP6, 576×432, 15fps
  • Audio codec: MPEG-1 Layer 3, 44KHz, 32kb/s, mono

Download: (Video diperolehi dari website tv3.com.my dan bhgn iklan telah dibuang)

Tulis komen: