Nur Kasih

Rabu, 12 Ogos 2009, 12:00 pm0

Sinopsis:

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang taat kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

Source: http://sirinurkasih.blogspot.com/2009/07/sinopsis-nur-kasih.html

File information:
– Container: FLV (Flash Video)
– Video codec: Flash/On2 VP6, 576×432, 15fps
– Audio codec: MPEG-1 Layer 3, 44KHz, 32kb/s, mono

Download: (video dari tv3.com.my dengan bhgn iklan telah dibuang)

Episode 1 – 39m 16s, 67.8 MB (Download)
Episode 2 – 39m 52s, 73.9 MB (Download)
Episode 3 – 38m 58s, 67.8 MB (Download)
Episode 4 – 38m 35s, 65.1 MB (Download)
Episode 5 – 37m 31s, 67.3 MB (Download)
Episode 6 – 37m 59s, 81.7 MB (Download)
Episode 7 – 37m 15s, 63.9 MB (Download)
Episode 8 – 38m 20s, 62.8 MB (Download)
Episode 9 – 34m 43s, 40.8 MB (Download)
Episode 10 – 38m 02s, 70.0 MB (Download)
Episode 11 – 39m 22s, 62.5 MB (Download)
Episode 12 – 38m 14s, 54.6 MB (Download)
Episode 13 – 40m 10s, 67.8 MB (Download)
Episode 14 – 36m 32s, 36.7 MB (Download)

Checksum:

9247581031621deb6b781009302fa81f *nurkasih_01_001a_cft.flv
1f6d8694204933893adf1b89783d95e7 *nurkasih_01_002a_cft.flv
42371a56f89dee2b163ab0c662eef726 *nurkasih_01_003a_cft.flv
f149f31305db8ab36676d1dc0a869930 *nurkasih_01_004a_cft.flv
710d0cb50a513bd3be7e1b3288a7d6ba *nurkasih_01_005a_cft.flv
eb990a5464c08b0aaad328069dd94b9a *nurkasih_01_006a_cft.flv
1d409430d46dc752faea032042cd1eeb *nurkasih_01_007a_cft.flv
644a1784b58f79bb17b6f66506fd5263 *nurkasih_01_008a_cft.flv
3554824b871937bb330c710b833f019a *nurkasih_01_009a_cft.flv
7bfa9f03287458f66887e170fa335fb7 *nurkasih_01_010a_cft.flv
0f2b69bf36bc15afebd69f1dd9ee9dd0 *nurkasih_01_011a_cft.flv
cd8df59805dc0fd08721e29a90064c05 *nurkasih_01_012a_cft.flv
a3fdf1bdc148acb8b0a3c7339810bc16 *nurkasih_01_013a_cft.flv
96c5e5f075bb25592d515cf79e72c9df *nurkasih_01_014a_cft.flv

Review:

Satu-satunya drama Melayu yang membuatkan penonton tertunggu2 time siaran (Jumaat, 9pm). Kekuatan drama ada pada sinematografi & dialog2 yg diucapkan.

Sinematografi drama yang lebih kepada sebuah filem, banyak shot diambil dari pelbagai angle dan kurang statik shot, membuatkan penonton terasa pergerakan cerita tersebut. Akan tetapi, terdapat beberapa babak yg agak terlalu singkat, yg menyebabkan scene dlm satu episod tersebut bergerak terlalu cepat (mood (intense) releasing dari satu2 scene terlalu cepat dgn segera menyambung ke scene yg lain).

Background music byk memainkan peranan dlm mewujudkan mood / perasaan utk satu2 babak, dan tema muzik2 adalah konsisten dgn suasana & tema drama – yg berunsurkan Islamik, pengajaran & keinsafan.

Dialog2 drama ini mungkin antara yg terbaik pernah dihasilkan, kerana ayat2 yang ringkas, tapi penuh dgn maksud2 tersirat. cara pengucapan pelakon (terutamanya Datuk Jalaludin Hassan), sering memberi kesan kesedaran & penonton peka dgn perasaan setiap watak. Walaubagaimanapun, pengucapan dialog dlm accent English Australia tampak kurang asli (seperti dibuat2).

Secara keseluruhan, drama ini wajib ditonton seluruh masyarakat Malaysia terutama umat Islam utk lebih peka terhadap isu2 kekeluargaan, masyarakat & sosial. Antara pengajaran yg hendak disampaikan adalah supaya umat Islam menerima & mempraktikkan ajaran Islam yg betul, bukannya ajaran yg tercemar oleh norma atau budaya kebiasaan masyarakat Melayu.

My rating: 9.2 out of 10 !!!

Tulis komen: