Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Status projek ayam kampung

Ahad, 30 Disember 2018, 8:15 am0

Ini sebahagian daripada 7 ekor ayam kampung yg tinggal selepas yg lain dijual pada awal bulan ini. Pada Ogos lalu, kami telah berjaya menjual daging ayam kampung sejumlah berat 8.5 kg, manakala yg terbaru seberat 14.5 kg.

Pada tahun depan, kami akan mengubahsuai reban ayam dgn menempatkan kesemuanya di dlm satu reban dan bukan lagi diternak secara lepas. Ada juga perancangan utk mendapatkan mesin inkubator, supaya bekalan anak ayam tidak putus.

Sebelum ini saya menulis update berkenaan projek agrikultur di blog saya https://azwan082.my/blog. Bagaimanapun cara ini mengambil masa utk mengarang dan memilih gambar utk diupload. Menulis blog post juga sukar dilakukan di peranti mudahalih. Dengan ini bermula pada pos yg lalu saya akan menukar cara dgn mengepos terus ke Instagram @azwan082 dan Facebook page noodlecode.net, sambil menggunakan bahasa Melayu menggantikan English bagi menumpukan sasaran pembaca di Malaysia dan negara sekitar.

Facebook
Instagram

Pin this image:

Tulis komen: