Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Sedikit kemaskini pagar reban ayam kampung

Jumaat, 19 Julai 2019, 8:12 pm0

① – Dawai atas merentas pagar dah dipasang, menggunakan lebihan pagar yang kemudian disambung² memanjang. Ini bagi menguatkan pagar lebih² lagi bahagian atas pagar daripada mudah renyuk kalau ada ayam bertenggek atau kucing panjat.

② – Untuk pintu pagar pula, saya buat cara yang paling mudah dan ringkas. Lebihan pagar dipasang pada tiang pintu dan pada sebatang kayu lain yang hanya disandarkan pada tiang pintu yang satu lagi.

Buat masa sekarang, bahagian bawah pagar belum lagi siap, ayam masih lagi mudah untuk lepas, jadi kami biarkan saja pintu reban ini terbuka.

③ – Persoalannya sekarang, kalau saya menternak kolok (ayam belanda) ini, adakah antara pembaca yang mahukan dagingnya 🤔? Untuk kawasan Kuching dan Samarahan sahaja.

④ – Ini antara hero reban kami, sedang menunjuk terer berkokok atas pokok kuini 😁.

Ikuti Instagram atau Facebook untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru berkenaan penternakan ayam kampung dan juga projek² sampingan saya.

Aerials

16 Julai 2019

Tulis komen: