Pemasangan pancur pada awning belakang rumah

Selasa, 22 Januari 2019, 10:35 pm479

Merujuk kepada posting lalu, paip 4″ yang digunakan sebagai pancur, telah dibelah dua, kemudian disusun di atas satu sama lain, mengikut arah aliran air hujan yang dikehendaki. Buat masa sekarang pancur tersebut hanya diikat menggunakan dawai tebal.

Pancur dipasang pada awning dengan menggunakan lebihan paip PVC 1/2″ dan 1″, bahagian di mana saya mahu air hujan itu mengalir turun, di situ saya pasang paip yang lebih besar, untuk mewujudkan perbezaan paras aliran air.

Untuk menyambut air yang turun, saya gunakan sambungan 4″ ke 2″, kemudian diteruskan dengan menggunakan paip 2″. Paip ke bawah ini diperkuatkan dengan kayu 1×2.

Sambungan pancur ke pemegang pada awning semuanya diikat menggunakan dawai tebal.

Kayu penyokong dipasang sedemikian sebagai kaki yang mencengkam tanah supaya paip tidak mudah beralih.

Elbow paip overflow ni asalnya telah digam dengan paip 1″ yang panjang tu, jadi terpaksa baringkan tangki untuk dipasangkan.

Kedudukan tangki dibiarkan begini dahulu, bila ada masa nanti saya akan teruskan dengan menyambung paip dari pancur terus ke dalam tangki untuk mengumpul air hujan.

Facebook
Instagram

Pin this image:

Tulis komen: