Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Paip fertigasi

Sabtu, 2 Mac 2019, 12:44 pm0

Ini adalah beberapa jenis sambungan paip pengairan bersaiz 16mm yang banyak digunakan dalam fertigasi dan juga hidroponik. Selain sambungan T dan elbow, terdapat juga penyesuai 1/2” ke 16mm yang dapat disambung ke paip PVC 1/2”.

Paip pengairan yang saya gunakan adalah jenis LDPE, lebih lembut daripada paip HDPE yang selalu digunakan untuk paip rumah.

Apabila disambung, sambungan yang terhasil adalah sangat kuat, tak perlu digam atau diikat, takkan ada kebocoran.

Disebabkan oleh kekuatan sambungan, apabila hendak melakukan perubahan sambungan, paip tersebut terpaksa dipotong untuk membuat sambungan baru. Kalau nak cuba mencabut sambungan tu dengan tangan bolehlah cuba kalau rasa gagah 😁.

Facebook
Instagram

Pin this image:

Tulis komen: