Menukar set akuaponik kepada hidroponik
Jumaat, 18 Oktober 2019, 5:30 pm0
Tiga bulan selepas menyiapkan set akuaponik dengan komponen NFT, set ini masih belum dapat digunakan disebabkan saya kekurangan bajet untuk memulakan operasi .
Set akuaponik ini bukannya kita letak ikan dalam tangki dah boleh terus mula bertanam sayuran pada komponen hidroponik. Ia perlu proses cycling, kemudian kena ada sistem untuk mengurus penternakan ikan, mengurus jadual tanaman, mengurus sisa buangan, mengurus kandungan nutrien dalam air, termasuk parameter lain seperti paras pH, paras oksigen terlarut, kandungan potassium, magnesium dan zat besi. Kesemua ini memerlukan kos dan masa untuk menguruskannya, dan saya mengalami kekangan pada keduaĀ²nya.
Oleh itu saya hanya menggunakan komponen hidroponik pada set ini untuk mula menanam sayuran secara hidroponik, tanpa ada komponen penternakan ikan, sekurangĀ²nya ia tidak hanya terbengkalai begitu saja.
ā – Sayur sawi yang disemai dalam dulang semaian menggunakan hidroton dan diletakkan dalam boot tray berisi air ini telah pun tumbuh agak besar sesuai untuk dipindahkan ke saluran NFT.
Air dalam boot tray ini saya bubuh sedikit baja butir NPK, sebab itu pokok sayur ini dapat membesar. Kalau hanya diisi air kosong, semasa umur sayuran dalam 2 ke 3 minggu, daunnya akan mula kekuningan dan pertumbuhan akan terbantut.
Umur sayuran ini semasa dipindahkan ke NFT adalah dalam 6 minggu.
ā” – Begini rupa sayuran sawi tersebut selepas 2 minggu dipindahkan ke NFT. Semasa mulaĀ² dipindahkan pada bulan lalu, cuaca adalah kering dan berjerebu. Dalam 3 ke 5 hari selepas dipindahkan, banyak pokok sayur yang layu semasa tengahari, dan banyak juga yang mati. Yang dapat dilihat pada gambar ini adalah pokokĀ² yang mampu hidup sehingga tiba musim hujan awal bulan ini.
Ini adalah disebabkan oleh sesetengah akar pokok tidak cukup panjang untuk menyentuh air yang mengalir dalam paip NFT. Ulasan penuh berkenaan kepincangan pada rekaan (design flaw) menggunakan paip PVC ini akan saya tulis minggu depan.
ā¢ – Di dalam tangki takungan (sump tank) set akuaponik sebelum ini saya pasang dua buah pam, satu pam dengan kadar aliran 2000L/jam menghantar air ke dalam tangki ikan, dan satu lagi pam yang lebih kecil, yang ditunjukkan dalam gambar, berkadaran 1500L/jam menghantar air ke saliran NFT.
Nasib baik saya pasang perpaipan yang berbeza untuk keduaĀ² komponen sebab dapatlah saya gunakan salah satunya untuk menjalankan penanaman secara hidroponik tanpa membuat apaĀ² pengubahsuaian.
Air di dalam tangki takungan ini mengandungi nutrien daripada baja NFT yang diperam. Perincian berkenaan cara menyediakan larutan nutrien ini dan kadar campuran juga akan saya kongsi dalam beberapa minggu lagi.
ā£ – Paip daripada pam air (anak panah warna kuning) kemudiannya disambung ke saliran NFT melalui bawah tanah. Paip daripada saliran NFT (anak panah warna hijau) menggunakan paip PVC 2ā juga melalui bawah tanah.
Menanam paipĀ² ini di bawah tanah boleh merendahkan suhu air larutan, kerana akar pokok dapat menyerap nutrien secara pada optimum pada suhu sekitar 18Ā°C ke 27Ā°C. Ia juga bagi mengelak cahaya matahari yang menggalakkan pertumbuhan lumut, kerana lumut akan mencuri nutrien yang diperlukan tanaman yang kita tanam.
ā¤ – Paip daripada tangki takungan bersambung dengan saliran NFT di sini (anak panah warna kuning). Untuk permulaan, saya hanya menggunakan dua saliran pada bahagian kanan dahulu untuk percubaan.
ā
Antara sebab lain saya menukar daripada akuaponik kepada hidroponik ialah kerana kami mungkin akan berpindah dalam tahun hadapan. Sistem akuaponik hendaklah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan untuk memastikan ekosistem dalam sistem ini mencapai tahap kematangan bagi menghasilkan tanaman dan ikan pada kualiti yang terbaik. Kalau saya meneruskan juga untuk menjalankan sistem akuaponik ini (yang mungkin akan mengambil masa beberapa bulan lagi), mungkin tidak cukup masa untuk betulĀ² mendapatkan hasil yang memuaskan. Yang pentingnya di sini saya mahu sekurang-kurangnya ada sedikit hasil daripada usaha saya membina set ini, dan bertukar kepada hidroponik adalah keputusan yang terbaik.
Bagaimana seterusnya dengan akuaponik? Saya mungkin akan menyambungnya semula selepas berpindah ke kampung dan sudah bersedia dengan segala bajet, masa dan sumber yang diperlukan untuk menjalankan operasi akuaponik secara komersial.
ā
Ikuti saya di Instagram, Facebook dan Twitter untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru berkenaan akuaponik, hidroponik dan juga projekĀ² sampingan saya.
Pin this image:
Dashcam Drive #7 – Petronas Tasik Biru ā Serikin Border Market
22 Oktober 2019
15 Oktober 2019