Review movie Vanishing Time: A Boy Who Returned (2016)

wm_93865631_138736534362831_295801905278353408_n.jpg

Rabu, 22 April 2020, 11:25 am527

Filem bergenre fantasi dari Korea ini mengisahkan tentang seorang kanak² perempuan (Soo-rin) yang berpindah ke satu pulau mengikut bapa tirinya bekerja. Personalitinya yang agak pelik kerana dia sering berseorangan dan berimaginasi tentang perkara² pelik seperti berjumpa dgn alien & percaya boleh terbang 😳.

Di sana dia berkawan dengan seorang budak lelaki (Sung-min), dan satu hari mereka dengan kawan² budak laki yg lain masuk ke hutan untuk pergi ke kawasan pembinaan terowong, yg juga tempat kerja bapa Soo-rin. Di sana, mereka terjumpa satu lubang gua kecil. Di dalamnya pula, mereka terjumpa sebiji telur yang menyala berwarna hijau. Mengikut cerita orang tua, telur ini adalah milik goblin yang mencuri atau makan masa orang yg memecahkannya.

Di sinilah bermulanya kisah penderitaan Sung-min dan Soo-rin, apabila Sung-min terperangkap dalam masa yang telah beku, dan hanya bebas apabila telah dewasa. Berbagai masalah berbangkit berpunca daripada kejadian ini, yang menghimpit Soo-rin dan Sung-min daripada memberitahu perkara sebenar.

Filem ini boleh ditonton di , kalau korang masih ada akses VIP. Akses VIP yang saya dapat percuma daripada kod redeem dah expired dah, tempoh sebulan dah tamat 😥.

Apa yg saya nak kongsikan berkenaan filem ini adalah, tentang bagaimana orang dewasa tidak mahu ambil serius atau menolak terus cerita daripada kanak² jika cerita itu seperti tidak masuk akal. Ini dapat dilihat apabila Soo-rin mahu memberitahu bapa tirinya dan detektif yang menyiasat bahawa dia telah berjumpa Sung-min, walaupun Sung-min yg dia jumpa bukanlah kanak² sebaya dia lagi.

Satu lagi adalah berkenaan plot penceritaan filem Korea yg tipikal membawa semangat Han. Semangat Han secara ringkasnya membawa maksud kepada rasa kesal atas hakikat hidup yang penuh dgn ketidakadilan dan tragedi. Penerangan penuh boleh baca di https://www.thepatriots.asia/han-dalam-seni-korea/. Di dalam filem ini, Sung-min dan Soo-rin menyukai antara satu sama lain. Tapi disebabkan situasi dan keadaan semasa (ataupun takdir) yang telah berlaku, menyekat mereka daripada bersama, sehinggalah nampak seperti hanya kematian yang dapat menyatukan mereka. Plot beginilah yang sering digunapakai dalam filem dan drama Korea yang mengikat penonton untuk menonton sehingga habis.

Saya suka menonton filem begini, kerana plotnya tidak mudah untuk dijangka. Dalam keadaan tertekan dan terikat, saya suka untuk melihat apakah keputusan yang dibuat oleh watak (ataupun apakah keputusan yg hendak dipersembahkan oleh penulis skrip), yang mana dalam filem ini, saya boleh katakan, penceritaan bahagian penamat filem ini begitu menarik, dan tidak klise. Mungkin ia memberi ruang kepada penonton untuk mentafsirkan sendiri, apakah sebenarnya yang berlaku di penghujung cerita, untuk menamatkan isu yang berlaku.

Antara drama Korea lain yang mempunyai plot yg agak sukar dijangka seperti ini adalah Hong Gil Dong (2008). Lagu soundtrack drama ini, ‘If’ nyanyian Tae-yeon (https://open.spotify.com/track/76do9IBWqoiwV3EyoP25Le), lagu inilah yg membuatkan saya mengenali kumpulan 소녀시대 😄.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/138736531029498/

Tulis komen: