Episod terakhir Jeon So Min bersama Running Man

Rabu, 15 November 2023, 10:30 pm35
Episod terakhir Jeon So Min bersama Running Man.
Sejak Kwangsoo meninggalkan #RunningMan, ramai juga yang dah berhenti tengok rancangan #candawara ini.
Untuk rekod, So Min menyertai Running Man serentak dengan Yang Se Chan pada episod 346, 3 April 2017. Minggu lalu, episod 679 adalah episod terakhir So Min, selepas 6 tahun 8 bulan, 327 episod – 6 episod So Min tak hadir atas pelbagai sebab seperti jadual penggambaran bertindih, kena kuarantin C-19 & kecederaan kaki.
Penonton tegar Running Man pasti masak dengan watak So Min yang selalu ceria dengan mulut murainya yang kadang² agak kurang siuman .
Lepas ni Running Man akan terus bersiaran dengan 6 orang, tak ada rancangan untuk menggantikan tempat So Min ⁽¹⁾. Semestinya mereka akan merasai kehilangan suara So Min yang suka bercakap² sehingga bapanya menggelarnya burung kakak tua, selain daripada karakter seorang wanita yang mudah jatuh cinta melihat jejaka tampan sehingga terkinja² lalu diberi gelaran love frog.
Ok lah episod perpisahan yang ini, tak macam episod last Kwangsoo yang perah air mata .
P.s: minggu depan episod mereka ke Singapura pulak, bila nak ke Penang?