Dah ready sumber hiburan untuk MCO fasa ke-3

wm_92940121_135475564688928_1270063043933372416_n.jpg

Ahad, 12 April 2020, 2:00 pm487

Di sini saya pasang balik , supaya dapat tengok dari kat . Movie saya tengok hari ni ialah filem korea Prison (2017) tentang seorang polis yang jadi banduan untuk balas dendam pembunuhan abang dia. Hero dia Kim Rae Won, dulu popular dgn movie My Little Bride (2004), yg mana dialog paling saya ingat ialah, “I know Canada!”. 😂

Antara movie Korea lain yg menarik yg telah saya tonton melalui iflix adalah Battleship Island (2017). Berdasarkan kisah benar zaman perang Jepun dulu, di mana orang Korea dijadikan buruh paksa untuk melombong arang batu di pulau Hashima, dan kisah bagaimana mereka berusaha melarikan diri dari pulau tersebut.

Satu lagi movie yg berdasarkan kisah benar ialah A Taxi Driver (2017). Kisah berkenaan seorang wartawan warga Jerman yang cuba mendapatkan perkhidmatan teksi untuk pergi ke Gwangju dan membuat liputan terhadap Kebangkitan Gwangju – protes pro-demokrasi yg ditunjangi oleh para profesor dan pelajar universiti di sana. Kebangkitan ini berpunca daripada pembunuhan presiden Park Chung Hee yang telah memerintah secara kuku besi selama 18 tahun, dan kini mereka, golongan pro-demokrasi, mahukan pemerintahan demokrasi dikembalikan ke Korea. Tapi pihak tentera telah melakukan rampasan kuasa dan menguatkuasakan undang² tentera (martial law), dan cuba menghentikan protes dengan cara kekerasan. Hero filem ni ialah Song Kang Ho, yg turut menjadi watak utama dlm filem Parasite (2019).

Selain itu, filem yg menarik saya telah tonton ialah The Outlaws (2017). Filem berkenaan gengster dari China yg datang ke Korea menjadi ah-long. Cara dia kutip balik hutang adalah sangat kejam. Hero filem ini, Ma Dong Seok, yg juga membintangi filem Train to Busan (2016), adalah seorang detektif yg menyiasat permusuhan antara kumpulan gengster ini. Filem ni penuh dengan aksi² yg agak ngeri, sama mcm filem Prison, tidak sesuai ditonton oleh 18 tahun ke bawah atau orang yg tak tahan tengok darah 🤢.

Kat iflix ni movie English / Hollywood ada, tapi banyak yang low quality, atau pun filem lama, jenis filem yang tak laku kat panggung, ataupun nak keluar TV pun orang tak nak tengok. Filem Melayu pun sama, boring nak tengok, lebih kurang mcm kandungan rancangan / drama kat TV. Movie Bollywood pun ada, tapi byk yg baru atau filem tamil, kalau filem hindi zaman 90-an dulu baru best. Movie Chinese tak berapa minat tengok.

Banyak lagi movie nak tengok sampai habis MCO nanti. Kalau MCO sampai raya pun tak kisah, jangan jak internet putus sudah 😁.

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/135475558022262/

Pingback: K-drama kat iflix macam makin disembunyikan

Pingback: Sumber hiburan lockdown tahun ni, sambung layan movie

Tulis komen: