Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Sumber hiburan lockdown tahun ni, sambung layan movie

190638732_315001953402954_9133877375749934295_n.jpg
190354380_315001960069620_1637858166696206075_n.jpg

Rabu, 2 Jun 2021, 3:00 pm0

tahun lalu guna iflix, sebab ada promo VIP sebulan ⁽¹⁾. Kali ni nak cuba guna pulak, sebab nak tengok drama Penthouse season 2, tapi baru hanya ada 4 episod. Movie kali ni saya tonton filem Peninsula, sambungan kepada filem box office Train to Busan. Takda Gong Yoo lagi, dia dah jadi zombie, kali ni ada Kang Dong Won pulak, banyak main tembak² sebab dia bekas askar.

Cerita dia lepas 4 tahun wabak zombie tercetus kat Korea Selatan, ramai orang Korea menjadi pelarian di negara lain, khususnya Hong Kong. Orang Korea didiskriminasi sebab mereka datang dari tempat punca virus, lebih kurang macam sentimen orang Amerika terhadap warga China dari Wuhan.

Disebabkan Korea Selatan runtuh diserang wabak dalam tempoh satu hari, maka banyak harta benda & barang² yang tak dapat diselamatkan, termasuk lori² kargo yang membawa wang tunai. Itulah yang menjadi rebutan orang luar & menjadi tujuan orang Korea ini kembali ke tanah air, walaupun zombie masih banyak berkeliaran.

Banyak babak pemanduan lasak ditunjukkan, namun saya ada terfikir, kalau kenderaan yang dah tersadai 4 tahun, masih dapatkah petrol atau diesel dalam tangki digunakan untuk start enjin? Kalau bateri lemah, mungkin boleh guna jump starter powerbank, seperti yang ditunjukkan dalam movie 🧐.

Selain itu, kalau nak dibandingkan dengan Train to Busan, movie ni agak lebih ganas lagi, dengan banyak scene tembak menembak & banyak darah. Dalam Train to Busan, mereka menaiki keretapi menuju ke Busan sambil menyelamatkan diri, jadi untuk movie Peninsula ni boleh digelar Drive to Incheon Port, sebab situlah destinasi untuk mereka menyelamatkan diri.

Apa yang menariknya, krew UN yang menyelamatkan mereka di Incheon Port, pada uniform mereka ada lencana Malaysia. Apa kaitannya? 🤔

Tonton di Viu – https://www.viu.com/ott/my/ms/all/video-korean-action-movies-peninsula-1165841127?containerId=playlist-26269760

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/04/dah-ready-sumber-hiburan-untuk-mco-fasa-ke-3/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/315001993402950/

Tulis komen: