Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Bagaimana cara kucing minum air?

99127109_146954740207677_4193631871977914368_n.jpg

Rabu, 20 Mei 2020, 5:30 pm0

Waktu kecil dulu selalu perhatikan cara kucing minum air dengan menjilat² air. Pastu cuba sendiri guna lidah minum air dari gelas 😂.

Celup lidah dalam air pastu tarik balik masuk dalam mulut cepat², tapi tak jadi pun, tak da air masuk dalam mulut 🤣.

Menurut kajian ⁽¹⁾, kucing minum dengan cara lidahnya menyentuh sedikit permukaan air, kemudian dengan bantuan pergerakan lidah & inersia, air yang melekat pada permukaan lidah kucing masuk ke dalam mulut sebelum ia menitik jatuh.

Kelajuan lidah kucing menyentuh permukaan air adalah dalam 4 kali sesaat. Kelajuan spesifik ini membantu supaya air kekal melekat pada lidah dan masuk dalam mulut kucing pada halaju optimum, tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan sehingga air terpercik atau menitis keluar balik.

Berbeza dengan anjing, lidah anjing akan membentuk seperti senduk yang mengaut air ke dalam mulut. Lidah kucing pula hanya menyentuh permukaan air, dan hanya air yang melekat pada lidah kucing, kira² sebanyak hanya 0.1 ml, yang akan masuk dalam mulut. 0.1 ml nampak sedikit, tapi dalam seminit kucing boleh minum kira² 24 ml ataupun 5 sudu teh air.

⁽¹⁾ https://www.livescience.com/8924-study-reveals-physics-cats-drink.html

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/146954733541011/

Tulis komen: