Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Pewarna dalam makanan kucing komersial penyebab kucing sakit

wm_95930780_142297950673356_6190225179906408448_n.jpg
wm_95818045_142297987340019_7095190697732472832_n.jpg

Isnin, 4 Mei 2020, 4:40 pm0

Tahun lalu saya ada menulis tentang persoalan sama ada makanan kucing komersial (jenis kering) menjadi penyebab kepada penyakit kucing (https://blog.azwan082.my/2019/06/makanan-kucing-komersial-penyebab-kucing-sakit).

Selain daripada sakit, kucing² yang diberi makan makanan komersial, berbanding makanan yang kita masak sendiri seperti ikan rebus dll., kebanyakannya menjadi malas, selalu tidur dalam rumah, dan tidak mahu memburu, sampai tikus yang kejar mereka balik 😓.

Saya terjumpa satu posting Facebook yang menerangkan tentang makanan kucing komersial terutamanya yang jenis berwarna ini mengandungi garam yang tinggi (https://www.facebook.com/klinikveterinardansurgerimasjidtanah/posts/492276727814388).

Kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan penyakit batu karang pada kucing² anda. Tanda² kucing ini mengalami batu karang adalah:

  • Kencing tidak lawas. Ertinya sukar nak kencing, berkali² kucing mencangkung kat litter box tapi tak keluar apa².
  • Kencing berdarah
  • Kencing di tempat yang jarang dia nak kencing, seperti atas bantal, sofa atau kertas.

Oleh itu sebaiknya pilih makanan kucing yang tidak berwarna, warna asalnya adalah warna coklat. Jenama yang selalu kami beli adalah Cuties Catz, ataupun ProDiet.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/142298014006683/

Tulis komen: