Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Video pertama di Youtube

121084896_184196079816876_8141428533870053257_n.jpg

Khamis, 8 Oktober 2020, 2:50 pm0

Youtube adalah platform perkongsian video yang dilancarkan pada Februari 2005 oleh 3 orang bekas pekerja PayPal – Chad Hurley, Steven Chen & Jawed Karim. Pada November 2006, dibeli oleh Google dengan nilai USD1.65 bilion.

Tahun tersebut saya baru masuk foundation programme di UTP, first time ada komputer sendiri, baru nak mengenali internet, dan baru nak ada akaun Gmail. Facebook belum merebak ke sini lagi, masa tu media sosial yang popular ialah Friendster & Myspace.

Masa tu belum ada istilah viral / tular lagi, tapi e-mel berantai (chain e-mail) dan perkongsian di Friendster / Myspace secara copy-paste dah lama berlaku. Antara yang popular dikongsi dulu ialah video pekerja ofis yang tension dengan komputer lalu menghempas keyboard ke monitor ⁽¹⁾.

Tapi ini bukanlah video pertama di Youtube. Sebaliknya video pertama Youtube dimuatnaik oleh salah seorang co-founder Youtube iaitu Jawed Karim yang bertajuk ‘Me at the zoo’ ⁽²⁾. Video yang berdurasi 18 saat ini sudah mencapai 114 juta tontonan dan merupakan satu²nya video di saluran Jawed Karim.

⁽¹⁾ https://www.youtube.com/watch?v=HtTUsOKjWyQ
⁽²⁾ https://www.youtube.com/watch?v=jNQXAC9IVRw

Logo Youtube – https://logos-world.net/youtube-logo/
Rujukan – https://www.mercurynews.com/2020/04/23/the-first-ever-youtube-video-was-uploaded-15-years-ago-today-here-it-is/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/184196076483543/

Tulis komen: