Teh hijau vs matcha

128580698_202251648011319_2231661393894698888_n.jpg

Ahad, 29 November 2020, 9:00 am786

Teh hijau (green tea) dan matcha kedua²nya datang dari pokok Camellia sinensis. Malah jenis² lain seperti teh putih (white tea), teh kuning (teh biasa), teh oolong, teh gelap (dark tea) dan teh hitam (black tea) semua datang dari pokok yang sama, cuma yang membezakan adalah cara daun teh diproses.

Daun teh dipetik, kemudian disimpan untuk proses pengoksidaan (oxidize), dan bergantung kepada berapa lama proses ini dibuat, itulah yang mempengaruhi jenis teh yang akan dihasilkan. Teh hitam dibiarkan teroksida sepenuhnya, teh oolong teroksida separuh, manakala teh hijau dihasilkan dengan mengukus dan mengeringkan daun teh, sebelum proses pengoksidaan berlaku.

Matcha pula dihasilkan menggunakan daun teh yang ditanam di kawasan teduh, supaya meningkatkan kandungan klorofil dalam daun. Klorofil merupakan bahan yang menghasilkan warna hijau teh matcha tersebut. Daun teh pula diproses dengan cara dilumatkan sehingga menjadi serbuk.

Oleh sebab matcha diperbuat daripada keseluruhan daun, teh jenis ini memiliki khasiat yang lebih daripada teh hijau. Menurut kajian daripada J Chromatogr A. (2003), matcha mengandungi 3 kali lebih antioksidan daripada teh hijau.

Antioksidan yang dinamakan catechins ini mempunyai sifat anti-kanser dan anti-keradangan termasuk perlindungan kardiovaskular (kesihatan jantung). Ini merupakan antara kebaikan teh hijau dan matcha.

Sumber: https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/green-tea-vs-matcha-how-do-they-compare/

Green tea latte Boh ni kurang gula, tapi ditambah ekstrak stevia lagi, jadi rasa manis agak kuat. Kalau dibancuh dalam gelas kecil mengikut arahan paket, 180ml, akan dapat rasa yang kuat manis. Kalau korang suka manis, mungkin tak jadi masalah, tapi saya suka lagi guna gelas besar & buat teh ni rasa tawar sikit, nanti minum ada rasa air teh, bukan rasa minum air gula 😅.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/202251644677986/

Tulis komen: