Nanti buka puasa dengan air tin teh tiga lapisan (3-layer tea)

172551852_284946576408492_5582035824540195427_n.jpg

Selasa, 13 April 2021, 3:00 pm1,825

Teh C Special jenama Three Tea adalah daripada syarikat Greenleaf F&B, manakala Sarawak 3-Layer Tea adalah daripada syarikat Leaves Food, kedua²nya syarikat berasal dari Sarawak.

Kesemua minuman ini berasaskan ramuan yang sama – teh hitam + susu / krimer + pemanis. Apabila dibubuh dalam gelas, ia tidak dikacau untuk menampakkan kesemua lapisan air minuman ini.

Untuk Three Tea perisa caramel, pemanis menggunakan gula apong, manakala pandan & coconut pula mencampurkan sirap teh C pandan keluaran Greenleaf.

Sebelum adanya 3-layer tea atau teh C dalam tin, saya biasanya membeli di restoran Sugarbun, sebuah rangkaian fast food berasal dari Sarawak. Seingat saya Sugarbun juga menggunakan sirap teh C keluaran Greenleaf untuk menghasilkan menu 3-layer tea mereka.

Bagi saya, saya suka jenama Three Tea sebab rasa yang lebih sedap, cukup rasa manis & berkrim, manakala jenama Leaves pula kurang gemar sebab rasa yang agak kelat. Bagi anda pula, mana satu jadi kegemaran? Tolong bagi reaction sikit 😁.

🎂

Komentar (3):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/284946606408489/

Pingback: Three Tea keluarkan kopi spesial pulak

Pingback: Teh Three Tea dah sampai Penang

Pingback: Eh, ada air bandung daripada Three Tea

Tulis komen: