Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Asal usul nama bandaraya Kuching

150015296_249834286586388_7840449306045179121_n.jpg

Ahad, 14 Februari 2021, 11:35 am0

“Kuching 1870

Air pancut dan peta ini menandakan tempat pertemuan Sungai Kuching dan Sungai Sarawak. Bandar ini yang secara rasminya dinamai Kuching pada tahun 1872, dipercayai mendapat nama sempena Sungai Kuching yang berkemungkinan mendapat gelaran ini kerana ia menjadi tempat tumpuan kucing liar atau terdapatnya pokok mata kucing yang mengeluarkan buah mata kucing.

Kuching yang mempunyai sejarah sebagai pusat perniagaan sejak berkurun lamanya, menarik minat ramai penduduk dari pelbagai negara untuk menetap di sini. Bangsa Melayu, Cina, India, Eropah dan lain-lain telah menyertai berbagai suku kaum asal untuk melahir sebuah bandar yang kaya dengan pelbagai warisan budaya yang unik.

Kedatangan James Brooke, yang menjadi raja Inggeris yang pertama di Sarawak, menandakan permulaan Kuching sebagai pusat pentadbiran yang penting dan memperkukuhkan kedudukannya sebagai bandar pelabuhan. Penggantinya, Charles Brooke 1868-1917, bertanggungjawab membina bangunan-bangunan bersejarah yang dikaitkan dengan persiaran tepi sungai. Peta 1870 ini menunjukkan keluasan bandar ini semasa Charles Brooke memulakan program pembangunan.

Sejak tahun 1963 apabila Sarawak menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, Kuching mengalami perubahan dan membangun menjadi sebuah bandar moden yang berkembang pesat. Dengan terbinanya pelabuhan baru di Pending, telah mengujudkan peluang untuk mengubah persiaran tepi sungai yang bersejarah ini kepada sebuah taman – dengan yang demikian memenuhi keperluan perubahan penduduk Kuching.”

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/249834279919722/

Tulis komen: