Bos pergi singgah masjid di Darul Hana

Jumaat, 2 April 2021, 11:55 am

Bos pergi singgah masjid di Darul Hana.

Projek pembangunan Darul Hana merupakan projek memindahkan penduduk di kampung² sekitar Sungai Sarawak, dari Kampung Boyan hingga Kampung Bintawa Batu, ke kawasan perkampungan moden yang lebih tersusun dan teratur ⁽¹⁾.

Rumah² di kampung² ini sangat padat, jalan pun sempit, sehinggakan apabila berlaku kecemasan seperti banjir dan kebakaran, amat sukar untuk pihak berkuasa untuk datang memberi bantuan.

Tambah lagi dengan situasi pandemik semasa, tempat begini menjadi tempat berisiko tinggi untuk berlaku penularan berleluasa, sehingga PKPD pernah dikuatkuasakan ⁽²⁾.

Masjid Darul Hana merupakan masjid utama bagi penduduk di kawasan Darul Hana ini. Terletak di tepi jalan Tun Abg Salahuddin, selepas jambatan tol, ia dirasmikan oleh Pehin Sri pada April 2016 ⁽³⁾, manakala Taman Islam di perkarangan masjid dirasmikan pada Oktober tahun lalu ⁽⁴⁾.

Video siri jalan macam bos² part 2 kali ini, saya memandu dari Lapangan Terbang Kuching, menggunakan jalan berkembar menaiki beberapa jejambat termasuk naik turun putar alam jejambat jalan Tun Jugah dekat Simpang Tiga 😆.

Jalan yang agak sama saya gunakan untuk video ‘Selamat Datang ke Kuching’ sebelum ni ⁽⁵⁾, cuma kali ni saya gunakan jalan Tun Razak untuk menuju hingga ke Masjid Darul Hana.

Tengok video ni kat :

▶️ youtu.be/eY18vRXS0yI

⁽¹⁾ www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/01/523134/564-keluarga-dipindahkan-pindah-ke-darul-hana-tahun-depan
⁽²⁾ www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/801204/pkpd-kampung-bintawa-ulu-dan-tengah-kuching-tamat-lusa
⁽³⁾ www.utusanborneo.com.my/2016/03/22/masjid-darul-hana-miliki-keistimewaan-tersendiri
⁽⁴⁾ suarasarawak.my/1tun-taib-rasmi-taman-islam-darul-hana
⁽⁵⁾ azwan082.my/2020/11/dashcam-drive-airport-kuching-%e2%86%92-masjid-india-waterfront

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: