Sebelum start bulan puasa, bertanding angkat besi dulu

Khamis, 15 April 2021, 11:00 am

Sebelum start bulan puasa, bertanding angkat besi dulu.

Ramai biasa tengok sukan angkat berat (weightlifting), tapi jarang tengok powerlifting. Asasnya sama, angkat bebanan berat, dan biasanya dalam pertandingan weightlifting ada dua jenis angkatan: snatch, dan clean & jerk. Dalam powerlifting pula ada:

173128990_286318919604591_7833743049192464370_n.jpg

① – Squat

171680737_286318916271258_4405814343171667876_n.jpg

② – Bench press

174159364_286318926271257_1898133361186809447_n.jpg

③ – Dead lift

Ini pun kebetulan saya singgah kat Aeon Mall Kuching, hujung minggu lalu, dan terlihat ada meet. Dekat 2 jam lebih juga menonton atlet² bertanding sambil terjerit² 😆, lebih² lagi yang dalam gambar ni, nampak macam favourite. Tak ingat siapa nama dia, tapi dalam kesemua disiplin, dia berjaya mengangkat beban yang diberi.

Keputusan pertandingan ini ada dalam berita Borneo Post – www.theborneopost.com/2021/04/12/chiong-vernon-and-vivian-top-inaugural-powerlifting-meet.

P.s: saya cuba buat deadlift, sakit belakang 😂.

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: