Tak dapat nak install Windows 11 😫

196833774_329115348658281_4439095780168289786_n.jpg

Jumaat, 25 Jun 2021, 9:55 pm

Tak dapat nak install Windows 11 😫.

Microsoft telah mengeluarkan app untuk menyemak sama ada komputer yang digunakan dapat upgrade ke 11 atau tidak ⁽¹⁾. Versi baru nanti akan diberi secara percuma kepada pengguna semasa Windows 10.

Ramai yang dah cuba app tersebut agak terkejut sebab walaupun spesifikasi komputer mereka agak baru, tapi tidak lepas untuk lulus untuk upgrade. Ada sebab Microsoft nak bagi free tu 😒.

Bagi saya, X260, nampaknya ada 2 sebab tak dapat nak upgrade ke Windows 11 ⁽²⁾:

📌 Processor hanya 6th gen, Intel Core i5-6500U. Minimum untuk upgrade ialah Intel 8th gen., atau AMD Ryzen 2000.

📌 Masih gunakan BIOS. Windows 11 nanti perlukan UEFI dengan Secure Boot beserta Trusted Platform Module (TPM).

Lain kali sajalah upgrade. Lagipun support untuk Windows 10 berakhir pada Oktober 2025 ⁽³⁾, ada 4 tahun lagi sebelum cari laptop lain untuk cuba Windows 11. Tak pun nanti bina sendiri gaming PC 😁.

⁽¹⁾ www.microsoft.com/en-us/windows/windows-11
⁽²⁾ www.theverge.com/2021/6/25/22549725/microsoft-windows-11-cpu-support-tpm-hardware-requirements
⁽³⁾ www.theverge.com/2021/6/14/22533018/microsoft-windows-10-end-support-date

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: