Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Berapa lama mentol LED menyala menggunakan powerbank?

239406900_362831875286628_8016452612718838953_n.jpg

Selasa, 17 Ogos 2021, 2:30 pm0

Semalam blackout sekejap kat rumah, tengok sesetengah jiran seberang ada pulak karan rumah diorang, mungkin line ke rumah kami saja ada problem 🤔? Kebetulan mentol LED yang di-order semasa 8.8 dah sampai, boleh test penggunaan. Ini spesifikasi mentol & powerbank:

  • Powerbank – Pineng PN-917, kapasiti = 20000 mAh / 74 Wh, output = 5V 2.1A
  • Mentol – LED 5W 5V

Powerbank ada 3 port USB output, dapat sambung semua mentol LED sekaligus. Ini timeline mentol tersebut dinyalakan:

  • 18:15 – mula pasang
  • 22:30 – kapasiti powerbank turun 50%
  • 05:30 – kapasiti powerbank habis 0%

Kiranya tempoh untuk powerbank 20000 mAh ini menyalakan 3 mentol LED 5W serentak sehingga habis ialah 11 jam 15 minit.

Ini mengambil kira yang powerbank ini telah pun berusia 2 tahun lebih, tak pakai dekat 2 bulan tapi sebelum simpan dah cas penuh. Dah banyak kali jugak digunakan untuk cas phone, GoPro & lampu LED. Jumlah kapasiti mungkin menurun sedikit, sebab untuk jenis lithium-ion, bila dah lama dipakai & berkali² dicas, sesetengah sel bateri dah tak masuk cas elektrik lagi, jadi kapasiti bateri tidak pada 100%, dah menurun mungkin 80-90%. Sebab tu kalau perasan, bateri phone yang dah lama jadi cepat habis atau lambat cas, sebab sel bateri banyak dah susah nak masuk cas.

Tempoh mengecas semula powerbank ini mengambil masa 9 jam 30 minit:

  • 05:30 – mula cas
  • 12:00 – penuh 75%
  • 16:00 – penuh 100%

Berkenaan mentol pula, cahaya yang dihasilkan tak berapa terang, tapi cukup terang untuk digunakan dalam ruang kecil seperti dalam kereta atau khemah . Sebelum ni saya dah cuba guna mentol LED jenis lampu meja USB, sambung ke powerbank ini jugak. Setiap kali pakai, saya pasang dalam lebih kurang 3-4 jam. Lepas kira² 4-5 kali pakai, ada beberapa diode pada LED dah rosak, lampu jadi berkelip². Saya tak pasti mentol yang kali ni berapa lama ia tahan sebelum rosak, itu jadi eksperimen lain 😎.

Nak beli produk yang disebut di atas, guna link ini:

📌 Mentol LED – https://invol.co/cl5lnu2
📌 Powerbank Pineng PN-917 – https://invol.co/cl5lnuv

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/362831905286625/

Pingback: Saya cuba buat lightbox DIY 💡

Pingback: Menguji berapa lama lampu camping USB menyala

Tulis komen: