PM letak jawatan, rumah pun takda karan 😮‍💨

236591575_362301158673033_1202522894027422131_n.jpg

Isnin, 16 Ogos 2021, 8:00 pm435

Dah pasti dah berita PM & seluruh kabinet PN letak jawatan ⁽¹⁾, berikutan 15 ahli parlimen UMNO yang menarik balik sokongan kepada ⁽²⁾. Beliau akan jadi Perdana Menteri caretaker, sementara memilih PM baru yang disokong majoriti ahli Dewan Rakyat.

Petang tadi tiba² juga takda karan kat rumah. Kebetulan lampu LED yang diorder dah sampai, boleh la cuba buat eksperimen, berapa lama powerbank boleh tahan kalau guna lampu LED ni. Boleh jugak testing rasa pergi bercamping, setup hotspot dari iPhone untuk pakai kat iPad, sambil tulis² blog waktu jauh dari sumber elektrik.

Banyak dah barang² elektrikal untuk pergi travel & dah ready, cuma kipas USB saja belum ada, jadi kalau kena cuaca panas, kena guna kipas tangan jugak ni 🥵.

Lepas ni mungkin nak cari portable power station sebagai sumber elektrik AC 250V, untuk charging laptop & kamera. Powerbank hanya dapat guna untuk elektrik DC 5V menerusi USB port.

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/104738764409996/posts/400744058142797/
⁽²⁾ https://www.nst.com.my/news/nation/2021/08/718372/i-have-done-all-i-can-save-government-says-muhyiddin

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/362301212006361/

Tulis komen: