Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Gol terpantas 12 saat + keputusan perlawanan ke-17 Liga Super 2021

231778858_355250409378108_6509049225986119430_n.jpg

Khamis, 5 Ogos 2021, 7:55 pm0

Melaka Utd vs JDT:

Tak sampai 30 saat bermula, JDT dapat penalti. Bergson dapat jaringan ke-17 peribadi. 4 pemain JDT kena kad kuning, Sumareh tackle keras pergelangan kaki Khairul Anwar Shahrudin, mungkin sepatutnya kad merah.

233370608_355250376044778_6594768746965008847_n.jpg
234184806_355250389378110_775249964239575067_n.jpg

Selangor vs UiTM:

Set piece Oliver Buff bola rendah, kemudian one touch oleh pemain muda berambut afro kembang, Sharul Nazeem menjaringkan gol pertama. Pada minit ke-57, Ifedayo menambah gol, sekali lagi jumlah gol peribadi setara dengan Bergson. Hujung masa Selangor nampak hilang fokus, UiTM menggandakan asakan, dah terjerit² Sharul Nazeem & keeper Khairul Azhan bila beberapa kali hampir bolos.

Perak vs Penang:

8 gol dalam perlawanan ini. Gol pertama Penang, 12 saat lepas sepak mula oleh Rafael Vitor, merupakan gol terpantas untuk Liga Super musim ini. Dua orang pemain mencatat hatrik – Rafael Vitor & Nana Poku. Unik nama tu, macam Mama Poko 😂, dia merupakan pemain ke-5 mencipta hatrik liga musim ini.

3/8
Selangor 2 – 0 UiTM
Melaka Utd 0 – 1 JDT
Perak 3 – 5 Penang

4/8

Sabah 1 – 1 KL City
PJ City 0 – 3 Terengganu

Kedudukan semasa :

PasukanPMSKGBDMata
JDT1713314083242
Terengganu17104328141434
Penang ↑1168442521428
Kedah ↓1138232113826
Selangor177553025526
KL City174942017321
Sabah174762021-119
PJ City164661118-718
Sri Pahang164572025-517
Melaka Utd174761922-316
Perak1734101736-1913
UiTM160214536-312

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/355250482711434/

Tulis komen: