PM letak jawatan, rumah pun takda karan 

Isnin, 16 Ogos 2021, 8:00 pm
Dah pasti dah berita PM & seluruh kabinet PN letak jawatan ⁽¹⁾, berikutan 15 ahli parlimen UMNO yang menarik balik sokongan kepada #TSMY ⁽²⁾. Beliau akan jadi Perdana Menteri caretaker, sementara #YDPA memilih PM baru yang disokong majoriti ahli Dewan Rakyat. #politik
Petang tadi tiba² juga takda karan kat rumah. Kebetulan lampu LED yang diorder dah sampai, boleh la cuba buat eksperimen, berapa lama #bateri powerbank boleh tahan kalau guna lampu LED ni. Boleh jugak testing rasa pergi bercamping, setup hotspot dari iPhone untuk pakai kat iPad, sambil tulis² blog waktu jauh dari sumber elektrik.
Banyak dah barang² elektrikal untuk pergi travel & #camping dah ready, cuma kipas USB saja belum ada, jadi kalau kena cuaca panas, kena guna kipas tangan jugak ni .
Lepas ni mungkin nak cari portable power station sebagai sumber elektrik AC 250V, untuk charging laptop & kamera. Powerbank hanya dapat guna untuk elektrik DC 5V menerusi USB port.
⁽¹⁾ https://www.facebook.com/104738764409996/posts/400744058142797/
⁽²⁾ https://www.nst.com.my/news/nation/2021/08/718372/i-have-done-all-i-can-save-government-says-muhyiddin
15 Ogos 2021