Tukar lampu kalimantang ke lampu LED

Rabu, 2 Februari 2022, 8:55 pm

Tukar lampu kalimantang ke lampu LED.

Ingatkan nak kena buat wiring baru atau guna komponen baru dalam casing lampu, tapi sebenarnya tak perlu pun.

Rumah sewa saya sekarang semuanya guna lampu panjang / kalimantang / pendarfluor saiz 4 kaki.

Antara kekurangan lampu kalimantang ialah penggunaan elektrik yang tinggi (36W/+), jangkahayat yang pendek (hanya ribuan jam saja, bulb cepat hangus kalau pasang sepanjang malam), terpaksa gunakan starter & kadangĀ² ada bunyi buzzing.

Kalau dibandingkan dengan lampu LED, penggunaan elektriknya lebih rendah (18W), jangka hayat yang lebih panjang (30,000 jam). Tak perlu starter, jadi lampu menyala serta-merta, dan tak ada bunyi langsung.

Kalau nak ganti lampu kalimantang dengan lampu LED, hanya kena cabut starter, kemudian gantikan lampu, dah siap. Lampu panjang LED boleh guna terus tanpa ada ubah wiring.

Cuma bila nak pilih lampu panjang jenis yang mana satu, kena tengok voltage, mesti sesuai dengan AC 250V. Kemudian pilih jenis T8, ia merujuk kepada saiz diameter silinder lampu panjang yang standard.

Perbezaan cahaya lampu kalimantang & lampu LED yang saya dapat lihat ialah pada suhu (warna) cahaya. Lampu kalimantang warnanya lebih kekuningan, lampu LED pula lebih putih kebiruan sikit, ikut spesifikasi, cahaya jenis daylight 6500K.

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/467252308177917/

Tulis komen: