Taman Rimba Sama Jaya, dalam album panorama 360

235736401_360601092176373_3416074643651713334_n.jpg
237648776_360601108843038_4772022127890757458_n.jpg

Sabtu, 14 Ogos 2021, 12:40 pm647

Sebagai taman rimba dalam bandar pertama di negeri ini, Taman Rimba Sama Jaya telah digazet pada 31 Januari 2000 dengan keluasan 37.916 hektar. Terletak di dalam bandaraya , taman rimba ini bertindak sebagai ‘peparu hijau’ yang penting kepada penduduk. Taman yang terdiri daripada Hutan Kerangas, hutan sekunder dan sedikit hutan paya, rizab alam semula jadi ini menjadi habitat kepada sesetengah spesies hidupan liar. Kemudahan di sini direka dengan latar belantara bandar yang asli agar aktiviti yang dilakukan pengunjung dapat bersepadu dengan alam sekitar. Objektif utama taman ini adalah untuk mempromosikan pelbagai kegunaan taman ini seperti aktiviti rekreasi, pemeliharaan alam semulajadi dan pelancongan.

Tempat ini dikunjungi ramai penduduk setempat sebagai tempat beriadah & berjoging. Trek joging yang saya lalui ialah Kapur Trail sejauh 1.6 km, trek terpanjang mengelilingi perimeter taman ini. Ada juga trek joging no. 2 sejauh 1 km, Malaysiana Nature Trail (0.5 km) dan Sarawakiana Trail (0.55 km).

Berjoging kat sini betul² rasa masuk dalam hutan, dengan pokok² tinggi & ada juga banyak monyet yang duduk² di tepi trek joging. Kalau nak guna trek ini, kena ikut arah laluan yang betul, tak boleh melawan arah. Boleh tengok arah laluan yang betul dalam album ini:

Tak ada bayaran masuk semasa saya ke sini. Tapi ada had kemasukan kenderaan waktu PKP sekarang, dan kira² pada jam 5.45 petang, akan ada siren pengumuman yang taman akan tutup pada jam 6.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/360601172176365/

Tulis komen: