Taman Hokkien MBKS, dalam album panorama 360

Isnin, 25 Oktober 2021, 12:45 pm537

Taman Hokkien MBKS, dalam album panorama 360.

Taman ini adalah salah satu daripada beberapa taman yang terdapat dalam kawasan di sekitar bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Terdapat beberapa gazebo di dalam taman ini, bagus untuk duduk² berehat sambil baca buku. Kat siling gazebo ini terdapat lukisan klasik Cina yang cantik. Di sini juga satu dataran bulat yang dihiasi patung² haiwan yang mewakili kalendar Cina.

Kawasan taman ini tak berapa besar, sesuai untuk riadah jalan kaki. Terdapat dua tempat letak kereta yang luas di pintu masuk & hujung taman ini.

Walau bagaimanapun, perkara yang menjelikkan semasa saya datang ke sini ialah ia nampak macam tempat tinggal gelandangan. Ada kain baju & tuala dijemur di gazebo & di dataran bulat.

Singgah sekejap di taman ini dalam album di sini:

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/406716184231530/

Tulis komen: