Taman Tasik MBKS dalam album panorama 360

276212413_495052738731207_5617593334656046102_n.jpg

Ahad, 20 Mac 2022, 10:45 am

Taman Tasik MBKS dalam album panorama 360.

Gambar² 360 ni saya dah ambil Oktober tahun lalu, tapi bertangguh nak upload sebab ada sebahagian daripada laluan taman ini yang saya tak sempat nak ambil gambar. Sekarang dah 3 bulan masuk tahun baru, baik upload saja dulu, nanti lain kali ambil lagi gambar untuk album di tahun lain.

Taman ni ada taman permainan kanak² dan juga kemudahan untuk senaman outdoor seperti bench & pull up bar. Dari kanak² ke warga emas, semua menggunakan taman ini untuk beriadah.

Laluan joging mengelilingi tasik, dengan satu jambatan kayu merentasi tasik. Saya agak ragu² nak lintas jambatan ini, sebab kayunya nampak dah lama, walaupun guna jenis kayu belian. Boleh jugalah berjalan atas jambatan ini, tapi jangan ramai², takut roboh 😨.

Tengok album ini di:

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: