Taman Norma Baharu MBKS, dalam album panorama 360

255398536_416577273245421_8440210600435063622_n.jpg

Rabu, 10 November 2021, 5:55 pm262

Taman ini baru dibina & dirasmikan pada Ogos tahun lalu, sebagai pengiktirafan kepada frontliners yang bertugas mengekang pandemik Covid-19 ⁽¹⁾.

Rekaan taman ini yang mempunyai petak² bersaiz 2 meter x 2 meter, adalah sebagai lambang penjarakan sosial yang kena dipraktikkan oleh semua orang, untuk meneruskan kehidupan bersama virus ini pada era endemik yang mendatang.

Lantai berwarna biru melambangkan warna pelitup muka & PPE, manakala warna kuning mengelilingi taman melambangkan sinar harapan & positiviti.

Batang besi untuk tumbuhan menjalar di taman ini pula melambangkan langkah pengasingan diri (duduk rumah) semasa PKP yang lalu.

Pada pemerhatian saya, pokok² yang ditanam sini semuanya jenis pokok hiasan. Tumbuhan menjalar yang ditanam ada sesetengahnya terbantut, sebab tanah dalam pasu yang kering & mengeras. Mungkin pihak MBKS kena buat maintenance kat sini jugak.

Tengok taman ini dalam album :

⁽¹⁾ https://www.newsarawaktribune.com.my/kuching-citys-latest-attraction/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/416577316578750/

Tulis komen: