Taman Palmarium MBKS, dalam album panorama 360
Rabu, 3 November 2021, 1:50 pm399
Taman Palmarium MBKS, dalam album panorama 360.
Taman ini merupakan salah satu taman dalam kawasan #KuchingPark. Keistimewaan taman ini adalah di sini ditanam dengan lebih 30 spesies pokok palma tempatan dan import ⁽¹⁾. Selain itu, terdapat beberapa kolam & air terjun mini di sini, di samping beberapa gazebo untuk tempat duduk² & berehat, dan juga laluan joging di sekitar taman ini, sesuai untuk beriadah petang².
Semasa datang ke sini, nampak ada sedikit kerja menyelenggara taman. Berdekatan kolam, ada beberapa gerbang tumbuhan (plant archway), tapi tumbuhan menjalar nampak kurang terurus. Kalau tak, memang cantik tempat ni untuk bergambar.
Jom jalan² kat taman ini secara virtual di album #panorama360:
⁽¹⁾ https://www.thestar.com.my/news/community/2010/03/09/kuching-park-palmarium-pride-of-locals