Benih capsicum dah bercambah
Rabu, 22 September 2021, 5:50 pm0
Ini cara mudah untuk semai biji benih, yang nantinya saya nak pindah ke #hidroponik kratky ⁽¹⁾. Gunakan bekas plastik bertutup – saya recycle bekas kuih ⁽²⁾. Isi dengan hidroton, atau batu sungai saiz sederhana, lebih kurang ½ inci.
Kemudian isi air kosong – air paip atau air hujan ditakung, jangan letak air parit . Isi sehingga separuh hidroton tenggelam, pastu boleh tabur biji benih. Tutupkan bekas plastik & biarkan di tempat teduh ada kena cahaya matahari.
Tujuan guna bekas plastik bertutup adalah supaya air tidak cepat mengering. Guna hidroton atau batu sungai adalah sebab ia media tanaman yang neutral pH & mudah nak cuci & guna balik.
Cuma satu kekurangannya guna cara ini ialah celah² batu hidroton yang lembab tu, semut suka kerumun & buat sarang kat sana. Mungkin air atau hidroton ni ada sisa² bahan atau makanan semut. Saya ada spray dengan ridsect, kemudian dah kurang semut datang.
Dalam gambar, benih capsicum (lada benggala) dah bercambah lebih seminggu lepas semai.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/09/bancuh-baja-ab-pepejal-untuk-jadi-stok/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/05/mencuba-kuih-angku-pulut-panggang-edmunds-homemade/
23 September 2021
Vending machine kena ada kat setiap R&R PanBorneo
21 September 2021