Benih capsicum dah bercambah

242492638_385760896327059_2174449293421527402_n.jpg

Rabu, 22 September 2021, 5:50 pm416

Ini cara mudah untuk semai biji benih, yang nantinya saya nak pindah ke kratky ⁽¹⁾. Gunakan bekas plastik bertutup – saya recycle bekas kuih ⁽²⁾. Isi dengan hidroton, atau batu sungai saiz sederhana, lebih kurang ½ inci.

Kemudian isi air kosong – air paip atau air hujan ditakung, jangan letak air parit 🥴. Isi sehingga separuh hidroton tenggelam, pastu boleh tabur biji benih. Tutupkan bekas plastik & biarkan di tempat teduh ada kena cahaya matahari.

Tujuan guna bekas plastik bertutup adalah supaya air tidak cepat mengering. Guna hidroton atau batu sungai adalah sebab ia media tanaman yang neutral pH & mudah nak cuci & guna balik.

Cuma satu kekurangannya guna cara ini ialah celah² batu hidroton yang lembab tu, semut suka kerumun & buat sarang kat sana. Mungkin air atau hidroton ni ada sisa² bahan atau makanan semut. Saya ada spray dengan ridsect, kemudian dah kurang semut datang.

Dalam gambar, benih capsicum (lada benggala) dah bercambah lebih seminggu lepas semai.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/09/bancuh-baja-ab-pepejal-untuk-jadi-stok/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/05/mencuba-kuih-angku-pulut-panggang-edmunds-homemade/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/385760922993723/

Pingback: Pindah anak pokok ke hidroponik kratky method

Tulis komen: