Bila bertembung, mulalah melengkung badan, bulu belakang meremang, kepala senget menoleh
Rabu, 8 September 2021, 5:55 pm0
Si #emau ni, dapat setahun lalu masih kecil lagi ⁽¹⁾, sekarang dah 2 kali beranak. Anak dia beberapa bulan lalu ⁽²⁾ semua mati sebab dia selalu dipindah²kan. Kucing bila nak angkat anak, dia gigit belakang leher anak dia kemudian bawa secara menggonggong. Bila dibawa melompat naik turun tempat tinggi, itu menyebabkan kecederaan leher, yang jadi punca anak kucing mati.
Anak² kucing baru ada 4 ekor, bulu warna campur² si bubu ⁽³⁾ dengan si nuning ⁽⁴⁾. Ada kucing jiran ni, jenis bulu panjang tapi kena trim sampai nampak macam singa, selalu berekot atas atap awning depan rumah. Bila dua² bertembung, macam ni lah jadinya. Mungkin dia berkenan dengan mak kucing ni, tapi mak kucing ni tak hingin pun dengan si singa tu .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/07/si-nuning-bubu-emau-ada-kawan-baru-si-kecil-ni-sangat-aktif/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/05/ada-anak-emau-%f0%9f%98%bb/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2021/07/sambung-lagi-darurat/
⁽⁴⁾ https://azwan082.my/2020/11/tak-senang-duduk-emau-ni-kena-pkpb-rasa-nak-berjalaan-jak-%f0%9f%98%b9/
Nak cuba buat hidroponik kratky method
9 September 2021
Ambil gambar paspot untuk ayam
7 September 2021